Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Technology Is Killing Childhood

Artikel kali ni sebenarnya bukan berkisar sepenuhnya pada tajuk di atas, tapi tajuk di atas adalah rentetan dari perkara-perkara yang disebutkan di bawah. Isu kanak-kanak obes dan juga isu nasi lemak. To tell you the truth, aku bukan peminat nasi lemak kecualilah kalau Mama aku yang masak. Walaupun begitu, aku ingin mempertahankan nasi lemak dalam artikel kali ni (chewah yo, yo on je).

Sebelum aku bermula, aku senaraikan dulu 15 jenis makanan yang diharamkan dijual di kantin sekolah seperti di bawah (gila skema ayat macam dalam tender proposal):

1. Burger - Setuju
2. Hotdog - Setuju
3. Nuget - Setuju
4. Mi Segera - Setuju
5. Gula-gula / Coklat - Tak Setuju
6. Konfeksi Ais - Tak Setuju
7. Aiskrim - Tak Setuju
8. Makanan Berjeruk - Setuju
9. Makanan Ringan - Setuju
10. Minuman Berkarbonat - Setuju
11. Teh - Setuju
12. Kopi - Setuju
13. Makanan dengan Pewarna serta Perisa Tiruan - Setuju
14. Makanan dengan Hadiah Permainan - Setuju
15. Makanan dan Minuman yang Melepasi Tarikh Luput & yang Melanggar Akta Peraturan Makanan 1985 - Setuju

Dari nombor 1 hingga 4 tu aku setuju sebab kesemua tu adalah jenis makanan siap diproses. Daging burger lembu contohnya, bukan sekadar daging cincang, tapi juga terdiri daripada urat, lidah, ekor, kulit-kulit lebihan sembelihan...ok stop, meloya pula aku. In short, makanan siap diproses tak jauh bezanya dengan makanan ringan...Rasa sedap, zat-nya ZERO.

Aku tak setuju pula dengan 5 hingga 7. Sebab pada aku gula-gula dan coklat tu meningkatkan kepekaan. Kalau tak, kenapa kalau mengantuk kita kulum gula-gula kan? Nak sebut tentang gigi rosak toksah bohong lah. Gigi rosak bukan disebabkan gula-gula atau coklat, tapi sebab tabiat penjagaan gigi yang buruk (sila rujuk "Charlie and The Chocolate Factory"). Floss-Brush-Rinse, ingat tu :) Dan aku tak setuju konfeksi ais serta aiskrim dimasukkan dalam senarai ni. Kemon la,
konfeksi ais dan aiskrim merupakan sebahagian dari zaman kanak-kanak yang indah! Melarang konfeksi ais dan aiskrim pada kanak-kanak adalah umpama mengambil sebahagian dari zaman kanak-kanak mereka. Gila kejam! (Emo pula)

Kakak-kakak nasi lemak boleh menarik nafas lega sebab nasi lemak tiada dalam senarai. Masa isu nasi lemak dipersalahkan sebagai pemangkin kegemukkan, aku jadi tertanya-tanya...kenapa nasi lemak? Nasi lemak ni dari zaman tok, nenek, moyang kita dah lama wujud di sekolah-sekolah, tapi zaman tu tak ada pula masalah budak gemuk-gemuk sampai tak nampak leher. Nasi lemak dulu sama je dengan nasi lemak sekarang. Tak ada bezanya. Ada ke korang jumpa nasi lemak tabur cheese (for example) kat mana-mana?

Dan dengan pertanyaan itulah, kita berbalik semula ke tajuk artikel ni. Isu TEKNOLOGI. Senaman kanak-kanak zaman sekarang ialah kebanyakkannya mengangkat jari atau tangan untuk men-throttle sebuah kereta yang dicuri dalam Grand Theft Auto, atau memicit kekunci handphone dalam permainan Java games, atau menekan keyboard komputer sewaktu ber-Facebook, dan memicit remote control bertukar-tukar siaran di Astro (yang selalunya terhenti di MTV dengan paparan perempuan kulit hitam terkinja-kinja berjoget)...

Inilah masalah anak-anak zaman sekarang. Terperuk duduk di satu tempat, berjam-jam kat situ sampai naik leper bontot dek terpegunnya dengan teknologi zaman sekarang. Playstation, Wii, XBox, dan paling baru - iPad....Makin lama duduk, makin kurang gerak. Makannya sama banyak, tak lebih dari kanak-kanak lain, jadi tak hairanlah kalau kanak-kanak jenis ni yang mengalami obes dulu. No wonder kanak-kanak dari golongan miskin kurus-kurus, bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab mak-ayahnya tak mampu beli Playstation...haih! Tak bestnya zaman kanak-kanak sekarang. So NOT adventurous!

Aku rindu zaman kanak-kanak aku dulu. Tangkap berudu dekat longkang, main kombet-kombet, main rounders, main teng-teng, main galah panjang, main turun bukit pakai kotak, main lompat getah, main hujan, main polis sentri, main batu seremban...Kalau bersembang dengan Erik pula memang tak habis cerita zaman kanak-kanak ni. Erik dengan kisah konda-kondi nya, main tangkap spider-nya, main sorok-sorok kat hutan belakang umah Tok Wan, main baling selipar, main bergusti bergumpal, main body slide atas padang rumput lepas hujan, naik basikal ramai-ramai curi-curi keluar sebab nak mandi sungai, hahaha...Seronok gila! Lansung tak ingat benda lain. Kalau boleh, tak mau melekat kat rumah, nak maiiiinnnn je sampai kulit muka terbakar bawah matahari. Budak-budak sekarang mana ada macam ni, semua pucat lesi macam Edward Pattinson sebab terlalu domestik. Lagi satu, Erik kata budak-budak sekarang kecil-kecil dah stress. Main video game, kalah - STRESS. Main internet, broadband lembab - STRESS. Haha, ada gak betulnya tu!

Separuh dari kebahagiaan menjadi kanak-kanak hilang begitu sahaja dengan kemunculan teknologi. Kesian budak-budak zaman sekarang...Aku dengan Erik dah berjanji yang kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan anak / anak-anak kami hanyut dengan teknologi. Teknologi ni kita tak dapat nak tolak, sebab dah memang ada sekeliling kita, tapi at the same time, peranan ibubapa juga penting dalam membentuk keluarga yang sihat.

Sesekali pergi jogging bersama ke, berenang ke, berkelah ke, berbasikal ke, hiking ke...kan? Seronok sebenarnya kongsi aktiviti sekeluarga ni. Pada ibubapa, aku nasihatkan, mulalah dari sekarang. InsyaAllah anak sihat, kita sihat, ada masa berkualiti bersama-sama, ikatan kekeluargaan pun semakin rapat. Nak tunggu sekolah gubal ko-kurikulum baru atau tambah aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan memang berjanggut la, jadi marilah kita mulakan bersama-sama! :) (Macam iklan pesanan khidmat Kerajaan je)


Nak letak gambar budak Malaysia, takut ada yang kecil hati. Jadi aku letak gambar budak ni. Nama Lu Hao, umur 3 tahun, berat 60kg :/ Berasal dari Dashan yang aku pasti tiada nasi lemak. Tapi mak ayah dia beri dia makan sehingga 4 mangkuk nasi atas alasan TAKUT kat budak ni bila dia mengamuk lapar.
BODOH ke BODOH?



SEKIAN.


Wednesday, January 26, 2011

Siri Bercakap Dengan Jin

.
.
.


*Tajuk tiada kaitan dengan isi post :P*


Kenapalah aku ni baloq liat sangat nak update blog ni? Ingat haritu nak post gambar-gambar waktu bercuti ke Avillion Admiral Cove. Nice room, but very boring place. Almost tak ada aktiviti untuk dibuat kat sana. Nasib baik makanan hotel tu sedap :D heee. Nak update blog kena ada gambar, tapi gambar plak lupa ambil dari PC sang suami, lastly hasrat terkubur begitu saja. HAIH! Nanti-nantilah!

BTW, Luna dah nak masuk tujuh (7) bulan! Weeheee~ Tapi gigi dia tak keluar-keluar lagi, cuma nampak bayang-bayang putih je dekat gusi. Cepat lah keluar gigi! Orang tua-tua kata, elok gigi tumbuh awal, sebab kalau lewat, gusi dah keras, dan proses tumbuh gigi menyakitkan bagi si baby. Sian anak aku kang.. Makin membesar makin panjang akal si Luna ni. Dulu-dulu kalau letak kat playgym, mahu gak dia main sorang-sorang, sekarang jangan haraplah. Baru pusing nak bersin pun dia dah "EKKKKKKK!!!" :|



Apalah yang Ayah dia agah sampai buat muka camni.
Tau-tau je aku dapat MMS time meeting.
Mengundang rindu betul, rasa nak balik rumah time tu gak!


Disebabkan Luna menetek kalau terjaga malam, so Luna terbiasa tidur mengiring sekarang. Jenuh aku tukar biar terlentang, nanti mesti dia mengiring balik. Bukan main lagi tidur macam budak besar, dengan letak kaki atas bantal guling, tangan plak peluk bantal guling tu. Kalau tengok TV plak, jangan haraplah dapat perhatian dia kalau Pocoyo/Spongebob/Jimmy Neutron tengah disiarkan. Dia buat dekkkk je kat aku. Akhirnya, aku pun ikut sama layan kartun sebab letih mengagah tak mendapat sambutan. Tengah-tengah cerita kartun boleh plak aku bantai gelak sebab kelakar. Lepas tu aku tengok muka Luna. MUKA SERIUS. Aku jadi malu gelak sorang-sorang :P



Budak perut bulat yang suka bersemayam dalam car-seat dia :*

Semenjak dah start solid food, Luna kurang minum susu badan. Maybe sebab dia kenyang lama. Tapi aku risau, tambahan pula si Luna ni semakin susah nak buang hajat semenjak makan solid food. Memang menurun sifat Mamanya. Susah sangat nak Barrack Obama :/ Nafsu makan pun ikut Mamanya, selagi suap, selagi tu lah nganga! Kadang-kadang paksa juga Luna menyusu, siap acu-acu nenen kat muka. Kena kunyah lagi ada la, padan muka aku.

Baru-baru ni Luna demam. Siap batuk-batuk lagi, bernafas pun siap ada vibrato sebab kahak. Kesian betul aku tengok. Kalau batuk sampai merah-merah padam muka dia, tapi pandai plak dia batuk sampai muntahkan kahak keluar. Jadi batuk dia taklah berpanjangan. Sekarang dah OK, alhamdulillah...Tapi elok-elok je baik dari demam, mesti ligat dia lain macam. Kalau letak atas tilam, dia punya golek-golek-golek-golek, choih dah betul-betul tepi katil tak sampai beberapa minit. Risau betul aku!
Dia punya terajang-menerajang, tampar-menampar plak dah macam terer lah sangat. Mentang-mentang dah kental.



Luna telah di"tok-lebai"kan oleh Ayahnya. Hmmph!


Luna sekarang
duduk pun tak pandai lagi ni. Aku perasan yang Luna ni agak penakut budaknya. Kalau dudukkan dia, tergoyang-goyang sikit, terus dia keraskan badan, kejung tak gerak-gerak. Takut sangat tergolek :P Tapi aku pun tak mahu paksa dia duduk, sebab baby ni, cepat atau lambat, sampai juga masanya. Aku tak nak kasi pressure kat tulang belakang dia, biarlah dia belajar duduk pelan-pelan. Jangan ikut perangai aku sudah...lansung tak pernah tahu duduk dan proper merangkak. Mengikut cerita mama aku, masa kecik-kecik dulu aku merangkak ala spider. Lutut tak cecah lantai. Buruk betul perangai tunjuk punkoq kat orang ramai *eh, rhyming plak* :/



Makan biskut Rusk comot-comot, selagi tak habis, tak mau lepas.


Sebelum aku bergelar ibu, aku tak sangka aku ada perasaan menyayangi seorang budak macam ni. Bukan apa, aku ni dulu garang. Aku tak pernah suka budak-budak. Nuisance! Sekarang ni, nak pukul anak sikit pun dah rasa terbuku hati, dah rasa pedih-pedih mata, dah rasa ketat kat kerongkong. Aku harap aku dapat jadi ibu yang baik, yang tak begitu memanjakan anak-anak. Biar anak hormat aku, and at the same time tak berani nak jahat-jahat sebab sayangkan aku. Susah rupanya jadi ibu ni :P Bila teringat yang aku ni punyalah nakal masa sekolah, rasa kesian plak kat mama aku, huhu..



Ahhhh..... :')

Wednesday, December 05, 2007

Bagai Tikus Membaiki Keju!

Apa jadi bila tikus membaiki labu? Labu jahanam. Apa pula jadi kalau tikus membaiki keju? Keju selamat. Selamat dalam perut (entah apa-apa, tak relevan lansung). Hehe :D Aku sebenarnya nak bercerita tentang salah satu perangai aku yang kadang-kadang tak ubah macam hobi sampingan. Aku suka membaiki barang. Memang dari aku budak-budak lagi. Terutamanya barang elektrik. Dulu-dulu kalau mama ayah aku tiada di rumah, tangan aku mulalah gatal nak buka-buka benda. Kadang-kadang habis aku togelkan radio poket. Aku buka bahagian pemain kaset. Aku jenguk-jenguk belakang TV. Aku memang suka menjahanamkan barang bak kata mama aku. Heee ;">

Ada sekali, mama ayah aku tiada di rumah. Aku pula sedang bercuti sekolah (masa tu darjah 6). Aku bosan. Nak keluar, aku bukan jenis suka keluar rumah. Memang macam tikus. Memerap je dalam bilik. Dara pingitan lah katakan (uwekkkkkkkkk!) :P Hehe. Tiba-tiba aku teringat. Hi-fi Panasonic ayah aku dah tak berbunyi. Hi-fi tu masa beli mahal wooo. Awal 80-an kalau beli hi-fi 2 ribu lebih kira memang sound paling mantap lah. Kalau tak silap aku PMPO dia 1500W je. Tapi time tu, kira paling bergema lah. Satu kampung boleh gegar, haha :D Siap dengan tuner, equalizer, pemain kaset dan turntable. Ya, turntable! Panasonic turntable memang terbaik lah! Olskul gila.

So, ceritanya, hi-fi ni terduduk lah dalam stor. Hidup tak hidup, mati tak mati. Nak hantar Panasonic Service Centre (di Ipoh) boleh dapat lagi seketul hi-fi baru kos pembaikannya. Dengan perjalanan dari Teluk Intan ke Ipoh yang di kira tersia-sia (sebab lastly tak jadi nak repair), maka di stor lah tempatnya hi-fi tu. Aku jenguk dalam stor. Aku seret kabinet hi-fi ke ruang tamu. Aku godeh-godeh, tak perasan dalam setengah jam kemudian mama ayah aku dah balik. Terus aku kena jerkah. "Apa lah suka sangat nak menjahanamkan barang ni?". "Tapi barang ni memang dah jahanam pun Ma!". "Kamu usik-usik tu lagilah jahanam! Kang nak hantar repair pun orang tak nak buat!".

Aku merajuk kena marah. Aku pasang balik parts hi-fi satu-satu. Kemudian aku tolak kabinet hi-fi dekat plak soket. Aku ON (sengaja nak test sebab tak puas hati). Haha! Menyanyi pulak hi-fi ni! Miraculously hi-fi tersebut baik. Semua boleh pakai. Tuner OK. Equalizer OK. Pemain kaset OK. Turntable OK. Yeay!! Semenjak dari hari tu aku makin suka menggodeh-godeh benda ni. Tak kira lah apa pun. TV aku buka. Peti ais aku buka. Mesin basuh aku buka. Pam jamban pun aku dah expert tau! ;) Even sewaktu menunggu keputusan SPM, aku bekerja part-time di kedai elektrik. Di situ aku belajar banyak parkara pasal barang-barang elektrik. Aku belajar pasal fius, pasal motor/engine, pasal basic wiring. Sampaikan taukeh kedai (Mr Ong) tu ambil aku jadi anak angkat dia! Sayang betul dia kat aku. Dia cakap kat ayah aku: "U punya anak pelempuan talented (sambil tunjuk thumbs up). Suma boleh bikin. Talak macam olang pelempuan. Kasi I manyak ong!"

Dan sewaktu lepasan matrik, aku berhajat besar nak dapat course Electrical Engineering. Tapi sedih sungguh! Aku tak dapat! Keputusan ujian Matematik aku baik. Keputusan ujian Fizik aku cemerlang. Tapi impian aku tersekat semata-mata pada zaman aku di Uni, kuota Electrical Engineering untuk pelajar perempuan adalah TERHAD :( Alasan paling tak munasabah aku pernah dengar. Dan akhirnya aku dapat pilihan kedua iaitu Sains Komputer. Jadilah. Sains Komputer best juga :D..Semasa di Uni, kawan-kawan memang dah arif dengan perangai aku. Ada juga yang suruh aku baiki itu ini.

Pada hari ni dan dengan keajaiban Internet, aku makin suka mencari maklumat-maklumat tentang "membaiki" ni. Dari maklumat tentang enjin kereta, CPU, seterika, cerek, dapur gas, lampu kalimantang, kotak suis, sehinggalah kepada sekecil-kecil benda seperti paip air tersumbat, singki bocor, tandas tak mau pam, hehe :D Dan dalam minggu ni tiba-tiba mesin basuh di rumah rosak pula. Bila isi air, asyik keluar saja. Lansung tak bertakung! Ini mesti hal kecil. So aku cari-cari di Internet. Aku google: "air mesin basuh tak henti mengalir keluar".

Kau orang tau apa yang aku jumpa? Satu situs pun tiada bercerita tentang mesin basuh! Yang aku banyak jumpa: "hanya air mata yang semakin lebat mengalir", "dia citer sampai mengalir air mata", "mengalir air jernih laksana sungai kasih".....haih, blog berbahasa melayu memang banyak yang mengecewakan! Kalau aku google: "washer keeps draining" banyak betul maklumat yang aku dapat. Terjawab semua pertanyaan aku. Tapi ada juga aku terjumpa situs bahasa melayu yang AGAK berkaitan tapi tiada penerangan. Ini header nya:

"MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK TV, MONITOR, KOMPUTER DAN MESIN MASUH"

Mesin MASUH?
Hahahahaha :D Apa-apa lah Labu!!

Tuesday, November 06, 2007

Pengalaman Dengan Guru

(Rujuk Tajuk Post) Jangan pula nak marah-marah kalau kau sampai ke post ini kerana fikirkan post ini tentang "pengalaman seks dengan guru"! Haha. Ini bukan cerita erotis. Bukan cerita seru. Padan muka, google-lah pelik-pelik lagi! Aku walaupun kadang-kadang melayari kisah-kisah seumpamanya, tapi tak sanggup rasanya aku nak menulis cerita-cerita pembuang masa tentang pengalaman 'bersama' guru yang mana aku lansung tak ada pengalamannya dan lansung tak ada hati nak berkarya tentangnya! Kalau berminat, teruskan membaca... (sila sila)

Ini himpunan kisah-kisah yang mana ideanya aku pinjam dari Hazreen Sang Kura-Kura di blog beliau (TERIMA KASIH!!) Ini adalah kisah guru-guru paling berkarakter (tetapi bukan semua KEREK) yang aku pernah jumpa sepanjang zaman persekolahan aku dulu. Bacalah, dan kalau aku kata zaman persekolahan aku agak sucks, tak menggembirakan, kau orang tak boleh salahkan aku bukan?


Zaman Sekolah Rendah

Puan Razah:
Guru Geografi ni terkenal garangnya. Badannya gemok pendek. Dia Cina masuk Islam sebab bersuamikan orang Melayu. Aku diberitahu tentang dia masa hari pertama di sekolah. Aku baru berpindah sekolah. Dari Kluang ke Pulau Pinang keluarga aku berpindah sebab ayah aku posting (ayah aku RAMD). Pada hari ke-2, Puan Razah masuk ke kelas dan mengedarkan nota fotokopi penanaman sawit (ke nanas?) di Johor. Dia bawa nota cukup-cukup untuk murid kelas 5A (dengan bilangan kelas asal MINUS aku). So aku sebagai murid yang duduk paling hujung tak dapat nota. Aku bangun lantas berjalan ke arah Puan Razah untuk memberitahu yang aku tiada nota (pada waktu itu budak di sebelah seat aku berbisik: Mahzura JANGAN!). Aku terus melangkah ke meja guru.

Aku: Cikgu, saya tak dapat nota.

Apa yang terjadi selepas itu betul-betul membingungkan aku. Puan Razah bangun dari mejanya dan menampar muka aku dengan kuat! Itulah pengalaman pertama aku kena tampar. Even ibubapa aku pun tak pernah tampar muka aku. Satu kelas sunyi sepi...

Puan Razah: Saya dah bagi nota cukup-cukup!! Mana pula ada yang tak dapat!!

Aku: Tapi cikgu, saya memang tak dapat!

Budak Lain: Cikgu, dia budak baru!

Puan Razah: DIAM!! Jangan menyampuk!

Puan Razah: Ambil ni! (hulur salinan nota milik dia ke tangan saya) Saya minta maaf. Pergi duduk!!

Puan Razah, sekiranya kau masih hidup pada tahun 2007 ini, atau mungkin beberapa tahun lagi pada masa akan datang, aku harap kau sedar tentang betapa buruknya perilaku kau sebagai seorang guru bila anak-anak kau pula yang ditampar guru-guru mereka... (AMINN..) :P


Zaman Sekolah Menengah

Puan Napsiah:
Guru Bahasa Malaysia (BM - zaman aku bukan dipanggil Bahasa Melayu) happy-go-lucky yang membuat aku semangat nak belajar BM walaupun ianya subjek membosankan. Puan Napsiah kelakar, tapi tegas. Dia bersifat revolutionary dan berpendapat belajar sambil mulut mengunyah makanan akan menajamkan fikiran. Maka kami dibenarkan makan sewaktu matapelajaran BM. Sambil menulis di papan hitam, dia mengunyah karipap. Aku pernah makan nasi lemak bungkus sewaktu kelas tatabahasa. Best kan? Walaupun keputusan BM aku tak sehebat English, aku berterima kasih sebab tak dapat 'cangkul'. Terima kasih Puan Napsiah! Ai lap yuh!

Puan Ng:
Puan Ng guru Lukisan & Pendidikan Seni. Sewaktu Tingkatan 3, subjek Agama Islam ni optional. Aku ambil Lukisan & Pendidikan Seni instead untuk SRP (Sijil Rendah Pelajaran. Sekarang ni PMR). Ramai pelajar-pelajar Cina di Kelas 3A1 cemburu dengan aku, sebab Puan Ng sayangkan aku. Dia kata lukisan aku unik, stroke dan idea aku original. Aku kreatif katanya. Ada sekali sewaktu ujian, Puan Ng datang dan berdiri di belakang aku yang sedang asyik melukis gambar fantasi. Tanpa aku duga, dia tarik rambut aku perlahan-lahan dan mengikatnya. Ya, cikgu aku mengikat rambut aku! "Mahzura, rambut panjang kena ikat. Nanti kena lukisan, comot". Aku memang berambut panjang (lepas bahu), tapi tak pernah mengikat rambut ke sekolah (dan dah banyak kali kena sound dengan pengawas). Lukisan fantasi aku dapat mata tertinggi, aku puas hati. Budak-budak Cina menyungut depan Puan Ng. "Lukisan childish begini dapat mata tinggi? Macam mana Puan Ng bagi mata?". Tapi Puan Ng defend aku, dia kata lukisan aku original dan dia suka. Sejurus Puan Ng keluar kelas, tiga orang rakan sekelas aku datang ke meja dan mengoyakkan lukisan tersebut. B-I-T-C-H!

Ms Sheila:
Ms Sheila aku rasa mungkin satu-satunya guru disiplin di Malaysia ni dengan masalah disiplinnya sendiri. Ms Sheila minum pada waktu rehat. Aku tahu, aku pernah nampak dia membawa botol arak keluar dari begnya, dan minum sorang-sorang di bilik guru. Cikgu disiplin yang alkoholik...how sad. Ms Sheila pernah kemalangan kerana DUI. Sewaktu sudah keluar hospital, Ms Sheila datang ke sekolah dengan leher berbalut neck support. Dengan neck support, dia tak mampu bercakap dengan betul. Perkataannya semua berbunyi penyek, tersekat, sengau. Dia menengking aku depan satu kelas sebab aku berkain baju kurung singkat dan berkasut Aliph ke sekolah (kamon la....aku ROCK ok?). Dia kata aku nampak macam budak duduk bawah jambatan. Hati aku panas dan tak mau kalah, aku mempersendakan dia dengan mengajuk suara dia yang penyek, tersekat, sengau tu. Aku expect kelas akan bingit dengan pecah derai tawa, tapi sebaliknya. Senyap macam bilik mayat. The next assembly aku kena public canning. #!%$@$#!@#*&@#!!#@ punya Ms Sheila!!

Ms Naidu:
Aku cintakan Matematik tetapi bukan gurunya. Ms Naidu cikgu Add Math yang bagus. Kalau mengajar memang tangkap ke otak. Ada metode yang tersendiri untuk buat anak murid dia faham. Tapi masyaAllah, kerja rumah macam babi banyaknya! Selalunya kalau ikut buku teks yang secara purata ada 7-8 soalan dalam 1 mukasurat, Ms Naidu akan menyuruh kami menyelesaikan 5 mukasurat penuh soalan untuk dihantar keesokkan harinya. Memang dia gila! Aku memang cintakan Matematik, tapi aku tak mau sampai ke jamban pun aku terpaksa bawa buku latihan! Dah lah aku ni terkenal dengan angin satu badan kalau tak dapat selesaikan soalan. Aku pernah tendang kipas meja disebabkan PENGKAMIRAN, huhu. Ada sekali aku tak dapat siapkan kesemua soalan yang diminta. The next day, bila melihat buku latihan aku separuh siap, Ms Naidu layangkan buku latihan aku keluar dari tingkat dua jatuh atas padang sekolah. Dia ingat buku aku boomerang?
Jahanam betullah.

PENGETUA:
Pengetua perempuan memang garang. Kau orang tengok saja lah kat mana-mana sekolah pun. Puan Hamidah (pengetua) adalah seorang lagi guru yang menyebabkan aku kena public canning waktu assembly. Tapi memang salah aku pun sebab aku ugut budak-budak Tingkatan 2 untuk duit sekolah (aku memang jahat macam setan sikit waktu Tingkatan 5, huhu). Puan Hamidah pernah menahan aku di koridor dan bertanya kenapa aku tak membutangkan baju kurung aku. Aku beritahu dia yang aku suka begitu, lagipun pengawas tak tegur pula. Kau orang boleh bayangkan muka dia waktu tu? Hitam macam siamang, terkejut sebab aku melawan dan menahan amarah sekali gamaknya. Hal kecik pun nak kecoh ar!! Akhir tahun dia tahan keputusan SPM aku sebab dia nak bersemuka. Dituduhnya aku curi buku library pula tu! Bila aku nak bayar duit ganti, baru lah dia lepaskan sijil keputusan SPM aku tu. Dia melihat keputusan aku sambil berkata: "Eh..bagus juga keputusan SPM kamu ni. Saya ingatkan kamu LINGKUP!". Huh! Anak kau yang lingkup SPM wahai Puan Pengetua! <-- dalam hati.

Itulah sedikit sebanyak memori zaman persekolahan aku dengan guru-guru istimewa ni. Kalau nak kira, actually banyak lagi...mostly melibatkan kes disiplin, haha ;"> Budak-budak zaman sekarang jauh lagi berani. Ugut-ugut guru, pecahkan cermin kereta guru, macam-macam lagi lah! Pesan akak (AKAK!!! *gasp*) pada adik-adik, jangan lah buat sesuatu yang bakal dikesali, sebab penyesalan is a waste of time. Walau guru kamu garang macam singa Afrika sekalipun, rileks saja, sebab "fasa persekolahan" tu sekejap. Pejam celik pejam celik, selesai. Tapi kalau guru kamu JAHAT, jangan teragak-agak untuk laporkan kepada pihak polis. ;)