Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Air Pasang Dalam Surut Pukul Lima

Majlis perkahwinan aku dengan Erik telah berlansung dengan jayanya pada 27 Jun 2009. Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang sudi datang ke majlis kami di Teluk Intan tu. Terjumpa juga aku dengan muka-muka lama yang tak sangka aku jumpa kembali...(Hi Hisyamuddin and wife!). Kawan-kawan dari ofis lama Compurex pun ada..thanks for coming Aliza & Family, Ijan & Family, and of course Gjie & Chapinat! Rindu sangat-sangat kat kau orang!

Terima kasih yang tak terhingga juga dari kami kepada kawan-kawan yang melepak sekali dari mula majlis sampai ke sesi outdoor sampai ke majlis selesai! Apex, Nazar, Zai, Raja, Renee, Airul, Ijad dan Joe..U guys rawk! Dari dua (2) orang fotografer rasmi, menjadi tujuh (7) orang fotografer kesemuanya sebab masing-masing bawak kamera! Cuma Zai saja yang tak bawak kamera, tapi Zai orang penting tu...kalau tak kerana dia, mana lighting nak cantik masa shoot hari tu. Tak gitu Zai? Kekeke ;)

Walaupun Teluk Intan bukannya dekat, tapi kamu, kamu dan kamu semua datang juga ke majlis kami. Memang terharu sangat-sangat rasanya. Please keep in mind yang kau orang bukan lagi orang asing di rumah keluarga aku. Bila-bila rasa nak singgah, nak bermalam, jemputlah datang ke kediaman Amri OK?

BTW, beberapa hari selepas majlis adalah masa-masa yang sangat meletihkan dan aku serta suami bercadang untuk escape sekejap ke suatu tempat yang kurang sesak dengan periuk-belanga, pinggan-mangkuk, kerusi-meja, khemah-khemah, bla bla bla...and so, kami pek barang kecil-kecilan dan menuju ke Pangkor. Ini bukanlah honeymoon atau percutian terancang, kerana bila kami sampai di sana, kami pun agak terpinga-pinga tak tahu di mana nak tempah penginapan. Nasib baiklah selepas parking kereta ada seorang kakak tu menegur kami tentang arah sebenar ke jeti (kami jalan menyenget ke? ;P) dan bertanyakan samaada kami berminat untuk menempah penginapan. Akhirnya kami menempah penginapan selama tiga (3) hari dua (2) malam di sana.

Fortunately, kami datang pada waktu yang paling bagus! Air laut tengah "mati", meaning, sewaktu air pasang atau surut, ombak adalah perlahan dan kecil, dan menyebabkan pantai Pangkor pada waktu itu sangat bersih, putih, dan air laut sangat-sangat, (ulang suara) sangat-sangat, BIRUUUUU!!! Wauuuu...Sepanjang aku ke Pangkor, tak pernah aku nampak air laut kat situ biru macam tu! Walaupun air laut dah sampai ke paras tengkok, kami masih boleh nampak ibujari kaki kami! Tahun depan time macam ni bolehlah ke Pangkor lagi...Di sebabkan hari yang kami pergi tu tengah-tengah minggu, so orang tak ramai dan berjalan berdua-duaan tepi pantai sambil berpegangan tangan terasa seolah-olah pantai itu Ahmad Albab KAMI yang punya, kekeke ;P

Tiga hari rasa macam pejam-celik saja. Sekejap sangat! Paling tak puas sekali, naik motor ronda-ronda pulau, rasa tak habis lagi keliling Pangkor yang sekangkang monyet tu. Tapi tak mengapalah..cukuplah untuk mengubat kepenatan kami waktu tu. Berat betul rasanya kaki nak melangkah balik ke Teluk Intan. Sesampainya di jeti kami memborong makanan laut. Lepas ni, sure ada orang tu gatal-gatal muka dan tangan sebab banyak mencekik sotong gula, kekeke, kesian beliau.. ;*


p/s: Cinta, nanti real honeymoon kita kumpul-kumpul duit pergi Höfn & Selfoss ya? ;)

Friday, July 03, 2009

Alhamdulillah...

Kredit Foto: Puan Renee Marina

Kredit Foto: Nazar Ibrahim

Pada 26 Jun 2009 selamatlah aku diijabkabulkan dengan suamiku, Mohd Hezrik Ismail. Rasa antara percaya dengan tidak saja waktu melihat ayah tenang menggenggam erat tangan Erik sambil mengucap akad, dan alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja akad disambut, aku akhirnya bergelar seorang isteri. Rasa gembira, terharu, lega, bercampur-baur dalam hati aku waktu itu Allah saja yang tahu.

Enam (6) tahun sebelum semua ini terjadi, aku kenali Erik sebagai rakan sekerja. Kami bekerja dengan sebuah syarikat IT di Wangsa Maju. Erik kelakar orangnya, jarang bercakap tapi bila berkata-kata cukup untuk buat semua orang tertawa. Aku mengajar dia tentang Network Topology dan Internet Protocol, dan dia mengajar aku tentang "Sense of Humour" ;) Ada masa aku tumpangkan dia balik kerja...siapalah sangka, itu rupanya bakal suami aku!

Kami terpisah dalam setahun lepas tu sebab masing-masing membawa diri. Dan kalau tak kerana YM mungkin aku tak dapat berhubung lagi dengan Erik. Kami bertemu sekali lagi selepas setuju nak lepak-lepak kedai mamak. Erik muncul dengan rambut panjang dan berkumis, dan untuk pertama kalinya aku melihat dia seperti orang yang berbeza. Adalah dalam beberapa kali kami berjumpa dan entah kenapa kami tak pernah bosan dalam bab bersembang-sembang ni.

Sedar tak sedar, aku merasakan sesuatu yang aneh dalam diri aku. Setiap kali bertemu Erik, aku merasa sangat teruja, berdebar-debar seperti terkena panahan cinta pertama sewaktu zaman persekolahan. Hahaha! Sumpah! The feeling was very weird and I was scared shit! Hinggalah tiba suatu waktu di mana aku dan dia menonton konsert Cokelat di Bukit Jalil, dan melihat dia bersandar di tepi tembok sambil menyalakan api rokok, aku berkata dalam hati: "Oh no, I think I'm in love with you!"

Sepanjang perasaan tu berada dalam hati, aku tetap menghormati dan sentiasa menjadi sahabat Erik yang setia. Berpegang kepada kata-kata "mencintai tak bermakna memiliki", aku sentiasa mendoakan agar dia bahagia dengan sesiapa saja pilihan hatinya. Aku juga percaya dengan keikhlasan perasaan aku, dan mengenali siapa diri Erik, aku pasti dia juga akan menyedari cinta aku ini suatu hari nanti. Dan atas kepercayaan itulah, aku bergelar Puan Mahzura sekarang... ;)

Mohd Hezrik, my wonderful hubby, my love, my life, my BFF, my soulmate..., I will always love you. I PROMISE!

Thursday, April 30, 2009

Girangnya Aku! :D

Hari ni aku seronok! Kad kahwin dah siap! Bagusnya! :D Menjadi seperti yang diharapkan pula tu! Aku puas hati sangat-sangat. Lepas balik kerja pula nak balik kampung Teluk Intan sambil diikuti oleh Encik Erik. Nak cari barang-barang kahwin dan tempah pelamin. Yeay! Aku nak kahwin! Wow...tak sangkanya... :"> kekeke...
OK berangkat dulu! :*