Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, May 15, 2012

Pregnant Kali Ke-2 :)

Selepas kelahiran Luna Seri Purnama, aku ada ambil pil perancang secara berjadual. Bila Luna dah masuk satu (1) tahun enam (6) bulan, aku stop. Tak pula aku sangka Allah nak bagi rezeki dua (2) bulan lepas tu. Alih-alih je test urine positive mengandung. Alhamdulillah... :)

Memandangkan aku kahwin lewat sebab lambat bertemu jodoh dengan Prince Charming aku yang seorang ni :D, jadi berita aku bakal mendapat anak kedua memang aku tak jangkakan lansung. Even waktu mengandungkan Luna dulu pun macam tak percaya je aku mengandung. Hehe..Dan disebabkan itu, untuk mengandung kali kedua ni aku kena take extra care tentang diri aku, especially bab-bab pemakanan.

Aku ni suka junk food. Kalau keropok tu, makan hari-hari pun tak apa. Penyedap tekak je, bukannya boleh kenyang pun kan? Supplement pula tak pernah ambil, lagi-lagi vitamin dalam bentuk pil. Anti betul aku bab nak telan-telan pil ni. So ni baru lah nak belajar makan-makan supplement nak paksa-paksa diri makan apa-apa pil yang patut.

Dok tak dok, dah 15 minggu aku pregnant. Ingat minggu depan nak buat proper checkup di Klinik Desa Hulu Kelang. Eventhough nanti mesti beratur panjang punya nak tunggu giliran, tapi aku puas hati dengan perkhidmatan Klinik Desa Kerajaan, especially yang Hulu Kelang ni sebab sangat efisyen, mesra dan menyeluruh. Sah-sah nanti kena ambil darah...aduiiii (takut jarum). Doakan segalanya OK untuk aku dan bakal baby! ;)



Friday, December 02, 2011

Hujung 2011

Dah tiba hujung tahun semua pakat nak habiskan cuti tahunan, termasuklah aku. Tapi rasanya cuti tahunan tahun ni akan dihabiskan untuk menyetel beberapa perkara yang berkaitan dengan keluarga dan masa depan yang lebih selesa dan cerah, chewah. Nanti bila semuanya selesai, aku ceritalah ya?

Hopefully semuanya berjalan lancar dan seperti yang di-plan..almaklumlah, kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan....


Permudahkanlah urusan-urusan kami nanti ya Allah! 
Amin..... 


Mood: GEMENTAR

Friday, April 29, 2011

Technology Is Killing Childhood

Artikel kali ni sebenarnya bukan berkisar sepenuhnya pada tajuk di atas, tapi tajuk di atas adalah rentetan dari perkara-perkara yang disebutkan di bawah. Isu kanak-kanak obes dan juga isu nasi lemak. To tell you the truth, aku bukan peminat nasi lemak kecualilah kalau Mama aku yang masak. Walaupun begitu, aku ingin mempertahankan nasi lemak dalam artikel kali ni (chewah yo, yo on je).

Sebelum aku bermula, aku senaraikan dulu 15 jenis makanan yang diharamkan dijual di kantin sekolah seperti di bawah (gila skema ayat macam dalam tender proposal):

1. Burger - Setuju
2. Hotdog - Setuju
3. Nuget - Setuju
4. Mi Segera - Setuju
5. Gula-gula / Coklat - Tak Setuju
6. Konfeksi Ais - Tak Setuju
7. Aiskrim - Tak Setuju
8. Makanan Berjeruk - Setuju
9. Makanan Ringan - Setuju
10. Minuman Berkarbonat - Setuju
11. Teh - Setuju
12. Kopi - Setuju
13. Makanan dengan Pewarna serta Perisa Tiruan - Setuju
14. Makanan dengan Hadiah Permainan - Setuju
15. Makanan dan Minuman yang Melepasi Tarikh Luput & yang Melanggar Akta Peraturan Makanan 1985 - Setuju

Dari nombor 1 hingga 4 tu aku setuju sebab kesemua tu adalah jenis makanan siap diproses. Daging burger lembu contohnya, bukan sekadar daging cincang, tapi juga terdiri daripada urat, lidah, ekor, kulit-kulit lebihan sembelihan...ok stop, meloya pula aku. In short, makanan siap diproses tak jauh bezanya dengan makanan ringan...Rasa sedap, zat-nya ZERO.

Aku tak setuju pula dengan 5 hingga 7. Sebab pada aku gula-gula dan coklat tu meningkatkan kepekaan. Kalau tak, kenapa kalau mengantuk kita kulum gula-gula kan? Nak sebut tentang gigi rosak toksah bohong lah. Gigi rosak bukan disebabkan gula-gula atau coklat, tapi sebab tabiat penjagaan gigi yang buruk (sila rujuk "Charlie and The Chocolate Factory"). Floss-Brush-Rinse, ingat tu :) Dan aku tak setuju konfeksi ais serta aiskrim dimasukkan dalam senarai ni. Kemon la,
konfeksi ais dan aiskrim merupakan sebahagian dari zaman kanak-kanak yang indah! Melarang konfeksi ais dan aiskrim pada kanak-kanak adalah umpama mengambil sebahagian dari zaman kanak-kanak mereka. Gila kejam! (Emo pula)

Kakak-kakak nasi lemak boleh menarik nafas lega sebab nasi lemak tiada dalam senarai. Masa isu nasi lemak dipersalahkan sebagai pemangkin kegemukkan, aku jadi tertanya-tanya...kenapa nasi lemak? Nasi lemak ni dari zaman tok, nenek, moyang kita dah lama wujud di sekolah-sekolah, tapi zaman tu tak ada pula masalah budak gemuk-gemuk sampai tak nampak leher. Nasi lemak dulu sama je dengan nasi lemak sekarang. Tak ada bezanya. Ada ke korang jumpa nasi lemak tabur cheese (for example) kat mana-mana?

Dan dengan pertanyaan itulah, kita berbalik semula ke tajuk artikel ni. Isu TEKNOLOGI. Senaman kanak-kanak zaman sekarang ialah kebanyakkannya mengangkat jari atau tangan untuk men-throttle sebuah kereta yang dicuri dalam Grand Theft Auto, atau memicit kekunci handphone dalam permainan Java games, atau menekan keyboard komputer sewaktu ber-Facebook, dan memicit remote control bertukar-tukar siaran di Astro (yang selalunya terhenti di MTV dengan paparan perempuan kulit hitam terkinja-kinja berjoget)...

Inilah masalah anak-anak zaman sekarang. Terperuk duduk di satu tempat, berjam-jam kat situ sampai naik leper bontot dek terpegunnya dengan teknologi zaman sekarang. Playstation, Wii, XBox, dan paling baru - iPad....Makin lama duduk, makin kurang gerak. Makannya sama banyak, tak lebih dari kanak-kanak lain, jadi tak hairanlah kalau kanak-kanak jenis ni yang mengalami obes dulu. No wonder kanak-kanak dari golongan miskin kurus-kurus, bukan sebab tak cukup makan, tapi sebab mak-ayahnya tak mampu beli Playstation...haih! Tak bestnya zaman kanak-kanak sekarang. So NOT adventurous!

Aku rindu zaman kanak-kanak aku dulu. Tangkap berudu dekat longkang, main kombet-kombet, main rounders, main teng-teng, main galah panjang, main turun bukit pakai kotak, main lompat getah, main hujan, main polis sentri, main batu seremban...Kalau bersembang dengan Erik pula memang tak habis cerita zaman kanak-kanak ni. Erik dengan kisah konda-kondi nya, main tangkap spider-nya, main sorok-sorok kat hutan belakang umah Tok Wan, main baling selipar, main bergusti bergumpal, main body slide atas padang rumput lepas hujan, naik basikal ramai-ramai curi-curi keluar sebab nak mandi sungai, hahaha...Seronok gila! Lansung tak ingat benda lain. Kalau boleh, tak mau melekat kat rumah, nak maiiiinnnn je sampai kulit muka terbakar bawah matahari. Budak-budak sekarang mana ada macam ni, semua pucat lesi macam Edward Pattinson sebab terlalu domestik. Lagi satu, Erik kata budak-budak sekarang kecil-kecil dah stress. Main video game, kalah - STRESS. Main internet, broadband lembab - STRESS. Haha, ada gak betulnya tu!

Separuh dari kebahagiaan menjadi kanak-kanak hilang begitu sahaja dengan kemunculan teknologi. Kesian budak-budak zaman sekarang...Aku dengan Erik dah berjanji yang kami akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membiarkan anak / anak-anak kami hanyut dengan teknologi. Teknologi ni kita tak dapat nak tolak, sebab dah memang ada sekeliling kita, tapi at the same time, peranan ibubapa juga penting dalam membentuk keluarga yang sihat.

Sesekali pergi jogging bersama ke, berenang ke, berkelah ke, berbasikal ke, hiking ke...kan? Seronok sebenarnya kongsi aktiviti sekeluarga ni. Pada ibubapa, aku nasihatkan, mulalah dari sekarang. InsyaAllah anak sihat, kita sihat, ada masa berkualiti bersama-sama, ikatan kekeluargaan pun semakin rapat. Nak tunggu sekolah gubal ko-kurikulum baru atau tambah aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan memang berjanggut la, jadi marilah kita mulakan bersama-sama! :) (Macam iklan pesanan khidmat Kerajaan je)


Nak letak gambar budak Malaysia, takut ada yang kecil hati. Jadi aku letak gambar budak ni. Nama Lu Hao, umur 3 tahun, berat 60kg :/ Berasal dari Dashan yang aku pasti tiada nasi lemak. Tapi mak ayah dia beri dia makan sehingga 4 mangkuk nasi atas alasan TAKUT kat budak ni bila dia mengamuk lapar.
BODOH ke BODOH?



SEKIAN.


Wednesday, January 26, 2011

Siri Bercakap Dengan Jin

.
.
.


*Tajuk tiada kaitan dengan isi post :P*


Kenapalah aku ni baloq liat sangat nak update blog ni? Ingat haritu nak post gambar-gambar waktu bercuti ke Avillion Admiral Cove. Nice room, but very boring place. Almost tak ada aktiviti untuk dibuat kat sana. Nasib baik makanan hotel tu sedap :D heee. Nak update blog kena ada gambar, tapi gambar plak lupa ambil dari PC sang suami, lastly hasrat terkubur begitu saja. HAIH! Nanti-nantilah!

BTW, Luna dah nak masuk tujuh (7) bulan! Weeheee~ Tapi gigi dia tak keluar-keluar lagi, cuma nampak bayang-bayang putih je dekat gusi. Cepat lah keluar gigi! Orang tua-tua kata, elok gigi tumbuh awal, sebab kalau lewat, gusi dah keras, dan proses tumbuh gigi menyakitkan bagi si baby. Sian anak aku kang.. Makin membesar makin panjang akal si Luna ni. Dulu-dulu kalau letak kat playgym, mahu gak dia main sorang-sorang, sekarang jangan haraplah. Baru pusing nak bersin pun dia dah "EKKKKKKK!!!" :|



Apalah yang Ayah dia agah sampai buat muka camni.
Tau-tau je aku dapat MMS time meeting.
Mengundang rindu betul, rasa nak balik rumah time tu gak!


Disebabkan Luna menetek kalau terjaga malam, so Luna terbiasa tidur mengiring sekarang. Jenuh aku tukar biar terlentang, nanti mesti dia mengiring balik. Bukan main lagi tidur macam budak besar, dengan letak kaki atas bantal guling, tangan plak peluk bantal guling tu. Kalau tengok TV plak, jangan haraplah dapat perhatian dia kalau Pocoyo/Spongebob/Jimmy Neutron tengah disiarkan. Dia buat dekkkk je kat aku. Akhirnya, aku pun ikut sama layan kartun sebab letih mengagah tak mendapat sambutan. Tengah-tengah cerita kartun boleh plak aku bantai gelak sebab kelakar. Lepas tu aku tengok muka Luna. MUKA SERIUS. Aku jadi malu gelak sorang-sorang :P



Budak perut bulat yang suka bersemayam dalam car-seat dia :*

Semenjak dah start solid food, Luna kurang minum susu badan. Maybe sebab dia kenyang lama. Tapi aku risau, tambahan pula si Luna ni semakin susah nak buang hajat semenjak makan solid food. Memang menurun sifat Mamanya. Susah sangat nak Barrack Obama :/ Nafsu makan pun ikut Mamanya, selagi suap, selagi tu lah nganga! Kadang-kadang paksa juga Luna menyusu, siap acu-acu nenen kat muka. Kena kunyah lagi ada la, padan muka aku.

Baru-baru ni Luna demam. Siap batuk-batuk lagi, bernafas pun siap ada vibrato sebab kahak. Kesian betul aku tengok. Kalau batuk sampai merah-merah padam muka dia, tapi pandai plak dia batuk sampai muntahkan kahak keluar. Jadi batuk dia taklah berpanjangan. Sekarang dah OK, alhamdulillah...Tapi elok-elok je baik dari demam, mesti ligat dia lain macam. Kalau letak atas tilam, dia punya golek-golek-golek-golek, choih dah betul-betul tepi katil tak sampai beberapa minit. Risau betul aku!
Dia punya terajang-menerajang, tampar-menampar plak dah macam terer lah sangat. Mentang-mentang dah kental.



Luna telah di"tok-lebai"kan oleh Ayahnya. Hmmph!


Luna sekarang
duduk pun tak pandai lagi ni. Aku perasan yang Luna ni agak penakut budaknya. Kalau dudukkan dia, tergoyang-goyang sikit, terus dia keraskan badan, kejung tak gerak-gerak. Takut sangat tergolek :P Tapi aku pun tak mahu paksa dia duduk, sebab baby ni, cepat atau lambat, sampai juga masanya. Aku tak nak kasi pressure kat tulang belakang dia, biarlah dia belajar duduk pelan-pelan. Jangan ikut perangai aku sudah...lansung tak pernah tahu duduk dan proper merangkak. Mengikut cerita mama aku, masa kecik-kecik dulu aku merangkak ala spider. Lutut tak cecah lantai. Buruk betul perangai tunjuk punkoq kat orang ramai *eh, rhyming plak* :/



Makan biskut Rusk comot-comot, selagi tak habis, tak mau lepas.


Sebelum aku bergelar ibu, aku tak sangka aku ada perasaan menyayangi seorang budak macam ni. Bukan apa, aku ni dulu garang. Aku tak pernah suka budak-budak. Nuisance! Sekarang ni, nak pukul anak sikit pun dah rasa terbuku hati, dah rasa pedih-pedih mata, dah rasa ketat kat kerongkong. Aku harap aku dapat jadi ibu yang baik, yang tak begitu memanjakan anak-anak. Biar anak hormat aku, and at the same time tak berani nak jahat-jahat sebab sayangkan aku. Susah rupanya jadi ibu ni :P Bila teringat yang aku ni punyalah nakal masa sekolah, rasa kesian plak kat mama aku, huhu..



Ahhhh..... :')

Tuesday, November 30, 2010

Kerjaya dan Rumahtangga

Beberapa hari ni terasa letih sangat-sangat. Dengan kerja dan commitment yang bertambah di pejabat dan juga di rumah. Aku bukan nak merungut, cuma ingin meluah rasa sebab kadang-kadang aku rasa macam dah habis daya nak bawa tanggungan ni. Terlalu banyak perkara perlu disiapkan this month, membuatkan aku rasa cukup lelah. Tak dinafikan dengan kemunculan cahaya mata, masa terasa cukup singkat. Tak sempat nak buat apa-apa.

Kadang-kadang mudah sangat orang lain nak judge, dan beritahu aku to quickly sort things out supaya aku dapat re-align balik my life. Tapi come on-lah...maybe ini sounds cliche to you, tapi aku ni masih orang PEREMPUAN. Walau seberapa penting pun aku di pejabat, di rumah aku masih nombor satu untuk menjaganya. Itu tanggungjawab aku yang paling utama, iaitu menjadi isteri dan juga ibu kepada anak aku. Bukan kerana aku perempuan aku menggunakan alasan ini, tapi kerana ini BENAR. Tanyalah mana-mana perempuan pun.

Dalam situasi aku dan suami, kami tak mampu cari bibik, atau cari pengasuh untuk ditugaskan hal-hal isirumah. Tapi kalau kami mampu pun, kami tak mahu orang lain mengasuh anak kami. Anak-anak bawah jagaan ibu-bapa adalah anak-anak yang dibesarkan dengan cukup kasih-sayang insyaAllah. Bukan nak kata anak-anak yang dijaga oleh pengasuh tak cukup kasih sayang pula ya? Do not twist my words. Biarlah tangan kami yang membesarkan anak-anak kami. Sekarang ni, kami juga tak mampu nak cari rumah sewa di kawasan apartment dengan kemudahan lif. Jadi setiap hari terpaksa turun-naik tangga lima (5) tingkat. Lima (5) tingkat tu. Kalau nak keluar jalan-jalan dengan nak kena bawa stroller anak, atau bawa bagasi banyak-banyak sebab nak balik kampung, Allah saja yang tahu penatnya.

Waktu pejabat, kalau aku terpaksa balik tengah hari sebab Cik Luna mengamuk dengan tak mahu minumnya dengan tak mahu tidurnya sepanjang aku ke pejabat, tak dapat nak cerita kelam-kabutnya jadual dan keringnya tenaga aku turun-naik tangga jahanam tu. Tiap-tiap working days, aku bangun tersangat pagi, persiapkan diri, mandikan anak, susukan anak, siap-siap tidurkan anak, bergerak ke pejabat and ends up still late disebabkan tersekat dalam kesesakan jalan raya. Aku benci jalanraya KL! Di pejabat, baru je duduk sekejap di bangku, dah kena perah susu untuk stok (ambil masa 20 minit ni). Dan tengok-tengok dah tengah hari, berkejar pulang rumah dengan bawa balik bungkusan makanan dan stok perahan susu. Sampai-sampai rumah menetekkan anak dulu, kemudian tidurkan anak, barulah dapat makan. Tengok jam dah pukul 2.00 petang. Makan laju-laju, tak dapat rasa lansung apa aku makan. Pernah sekali aku cakap pada suami: "Saya rasa dah macam binatang". Ayat ni buat suami aku sedih. Tapi honestly, memang aku rasa macam binatang. To be exact, macam KERBAU. Keluar pagi-pagi, bajak sawah, balik kandang makan rumput. Itulah yang aku rasa bila aku makan laju-laju sebab nak mengejar masa. Tak ada rasa, macam makan rumput.

Kalau kau seorang lelaki, dan kau tak pernah angkat sejari pun nak buat kerja rumah, dan kau tak pernah berpeluh menjaga anak, lagi-lagilah kalau rumah kau ada bibik, tak perlu lah kau beritahu aku to sort things out. Kau tak tahu pun apa yang aku dan suami aku lalui. It's easy for you to say. Dan aku tahu, bukan kami yang paling susah, ada orang lain yang lagi susah dari kami, jadi aku pun tak mahu mudah-mudah judge macam mana orang lain run their life. Di pejabat tu pun, cuma aku seorang sahaja perempuan yang dah berumahtangga dan ada anak kecil yang masih stay up dan stay back lewat-lewat demi tugasan kot. Jadi tolonglah, aku tak minta banyak, cuma please show some support and understanding. Itu saja.

Friday, October 08, 2010

Luna Seri Purnama

Bila difikir-fikir balik, aku sesungguhnya rasa amat bersyukur atas kesemua perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku. Baik yang buruk ataupun yang baik. Kerana kesemua perkara yang lepas telah membawa aku ke sisi suami aku sekarang. Dan seterusnya membawa aku ke sebuah alam yang aku tak sangka akan aku jejaki. Dan alam ini adalah sebuah fasa yang paling indah dalam hidup aku, iaitu bergelar sebagai seorang IBU.

Aku rasa macam waktu berjalan pantas sangat bermula selepas melalui pengalaman melahirkan yang cukup mendebarkan (dan masih segar di ingatan), dan seterusnya menjalani sesi berpantang yang sangat-sangat meletihkan (dengan mandi air panas, dengan tak boleh makan ikut suka, dengan terjaga setiap satu (1) jam pada waktu malam sebab Luna menangis, dengan sakit luka koyak lambat baik, etcetera, etcetera), dan kemudiannya kembali bekerja di pejabat sehingga ke hari ini. Dan diam tak diam, Luna Seri Purnama sudahpun berusia tiga (3) bulan pada 04hb Oktober 2010 lalu.

Tak tahu macam mana nak gambarkan seronoknya menjadi seorang ibu, dan amat-amat bersyukur kerana suami sabar menggalas jawatan bapa dan babysitter sekaligus :) Walaupun kami berdua sering keletihan, kerana si Luna ni jenis attention-demand tapi tak ada sehari pun dalam hidup kami yang tak ceria gara-gara si kecil tu. Setiap pagi, awal-awal lagi Luna akan kejutkan kami dengan gelak mengekek dia, tak payah pakai alarm dah sekarang. Setiap pagi, sebaik sahaja terjaga dari tidur, aku dan suami akan berkumpul keliling Luna dan melayan dia berbual-bual. Dan setiap pagi, senyuman Luna adalah seperti matahari yang menerangi bilik, hati dan jiwa kami... :)

Kedua-dua gambar di atas diambil semasa Luna berusia dua (2) hari..She was so small and fragile :*

Nama Luna Seri Purnama adalah nama yang aku cipta lima (5) tahun sudah, sewaktu aku masih memendam perasaan terhadap Erik, suamiku. Bercinta pun belum lagi, tapi nama anak dah cipta siap-siap. ANGAU. In fact, aku dah cipta lima (5) nama untuk bakal anak-anak kami nanti, haha. Aku hanya berani tunjukkan nama-nama tersebut pada Erik selepas kami mula bercinta. Dan nasib baik dia suka :)

Nama untuk anak aku ini aku berikan kerana aku memang suka dengan nama Luna (yang bermaksud "Bulan"). Aku juga teramat suka dengan lagu Bella Luna nyanyian Jason Mraz :) Kereta Gen2 yang aku pakai ni pun aku namakan "Luna" sebelum Luna dilahirkan. Sekarang nama Gen2 bukan Luna lagi, tapi tak dapat diberitahu di sini atas sebab-sebab yang tertentu (yang sebetulnya takut kena gelak, haha) :"> Walaupun aku lebih suka memanggil cahaya mata kami ini dengan nama Luna, suami pula dah memanggil Luna dengan nama timangannya iaitu Kak Seri. Comel je ♥ ♥ ♥

Melalui nama penuhnya, maka lengkaplah maksud dan harapan serta doa kami kepada Luna / Kak Seri yang nak disampaikan iaitu: "LUNA SERI PURNAMA - Umpama Bulan Penuh yang Berseri dan Menyinari Malam yang Gelap Tak Bercahaya". We love you very much LSP! Heee~ :D

Luna dalam gambar-gambar di atas dah berusia dua (2) bulan lebih :)

Luna / Kak Seri,

Mama & Ayah harap perjalanan kamu di dunia ini senantiasa dipermudahkan Allah. Semoga kamu menjadi anak yang solehah. Semoga kamu tahu bersikap hormat ke atas makhluk Allah yang layak dihormati, juga tahu menghormati alam sekitar dan bumi. Semoga kamu mencintai ilmu dunia yang baik dan juga mempelajari ilmu-ilmu akhirat. Semoga kamu berpegang pada perkara yang benar. Semoga kamu membesar dengan sihat, dan sentiasa beringat akan orang lain yang sakit. Semoga kamu pandai menjaga maruah, nama dan air muka kamu sebagaimana kamu menjaga rupa-paras kamu yang cantik itu, InsyaAllah.

Mama & Ayah cuma menginginkan yang terbaik untuk kamu. Walaupun perjalanan kamu masih panjang di hadapan, Mama & Ayah berjanji untuk membimbing kamu sebaik mungkin agar kamu menjadi orang yang berjasa pada agama, keluarga dan bangsa. Beratnya tanggungjawab kami, berat lagi tanggungjawab kamu untuk menunaikan harapan kami, Luna / Kak Seri. Oleh itu tegurlah juga kami dengan baik sekiranya ada kesilapan kami dalam membimbing kamu, kerana Mama & Ayah kamu juga manusia biasa.

Salam sayang dari Mama & Ayah beserta doa yang tak putus-putus buat kamu...


With so much love from,

Mama & Ayah

Wednesday, July 07, 2010

Pengalaman Melahirkan Cahaya Mata

THIS is it! Kedatangan yang dinanti telahpun tiba...dalam bentuk a bundle of joy, dengan wajah campuran separuh mama dan ayahnya, anak pertama aku dan suami. Ingin aku kongsikan detik-detik kelahiran cinta kami di sini. Manalah tahu kot-kot ada yang boleh dijadikan panduan bagi expecting mum di luar sana :)

4 Julai 2010 - 5.20 AM:
Aku terkebil-kebil memandang siling bilik tidur. Entah kenapa aku rasa pagi itu sangat pelik berbanding biasa. Perut aku kerap memulas. Mengiring salah, menelentang salah. Dalam hati terlintas: "Aku dah nak beranak ke?". Dan tiba-tiba aku naik kecut. Takut amat sangat. Rasa hati macam nak ke toilet melihat kalau-kalau ada tanda, tapi aku teragak-agak (mungkin sebab kurang bersedia menerima kenyataan yang aku dah nak bersalin). Dalam 5.44 AM, aku akhirnya bangun dari katil dan ke toilet. OK, DARAH DAH TURUN. Sah aku dah nak beranak! Aku pun terus membangunkan suami, dan kami bersiap-siap untuk bertolak ke Hospital Ampang dalam keadaan seperti berada di awang-awangan...

4 Julai 2010 - 6.30 AM:
Sejam telah berlalu. Setakat waktu ini, aku telah mendaftar masuk di Jabatan O&G di tingkat empat (4) dan sedang diperiksa oleh Dr. Zulaikha (kalau tak silap namanya). Aku diminta bertukar pakaian untuk diperiksa, dan menurut Dr. Zulaikha bukaan aku baru sahaja 2.5sm dan aku ada pilihan sama ada ingin terus menunggu di hospital sehingga bukaan menjadi 4.0sm (di mana aku akan dibenarkan masuk ke Wad Bersalin) atau pulang dahulu ke rumah. Aku memilih untuk terus saja menunggu kerana pada aku, pulang ke rumah adalah seperti berpaling dari realiti yang sedang menunggu aku dihadapan, huhu :/ Dan dari saat itulah contraction nightmares aku bermula...

4 Julai 2010 - 12.30 PM:
Memandangkan ini ialah anak pertama, jadi tak salah kalau aku kata yang aku agak jahil tentang sakit dan tempoh masa berkaitan contraction ni. Dari bukaan 2.5sm nak ke 4.0sm bunyi macam dekat right? I mean, bezanya cuma 1.5sm sahaja. Apalah sangat 1.5sm tu, lubang hidung aku pun lebih luas dari tu, haha...But man, aku dah silap besar! Dan sehingga ke pukul 12.30 PM ni, sakit contractions tu apalah sangat...Aku pernah kena gastrik, dan gastrik jauhhhhh lagi sakit. Sekali lagi, aku dah silap besar!

Beberapa minit selepas 12.30 PM, aku merasakan gelombang contractions yang tak pernah aku rasakan sebelum ni. Tiba-tiba aku sedar, apalah sangat gastrik tu bila dibandingkan dengan sakit yang aku rasakan sekarang! Suami yang memegang tangan aku dari tadi tak putus-putus membacakan doa Nabi Yunus sambil mengusap-ngusap kepala aku yang berpeluh. Aku tekan butang emergency yang berada disebelah katil wad menunggu dan meminta nurse untuk melihat bukaan terbaru aku. Pada 12.40 PM, bukaan aku baru sahaja 3.0sm! Aku diminta menunggu sehingga 4.00 PM untuk pemeriksaan bukaan seterusnya. 4.00 PM!! Macam nak pengsan aku mendengarnya! Aku dipapah suami keluar dari bilik pemeriksaan ke katil semula. Contractions berlaku selang tiga (3) minit. Aku ketap gigi menahan sakit dan senyum ke arah suami untuk mengurangkan gundah di hatinya...

4 Julai 2010 - 4.00 PM:
12.30 PM ke 4.00 PM adalah suatu tempoh masa yang panjang. Ditambah pula dengan sakit yang teramat sangat, aku rasakan seperti jam berhenti bergerak. Waktu melawat yang bermula dari 12.30 PM berakhir pada 2.00 PM. Suami cukup berat hati untuk meninggalkan aku yang kesakitan terlantar keseorangan di katil menunggu, sehingga dia banyak kali memujuk makcik guard untuk membenarkan dirinya menunggu di sisi aku sehingga 4.00 PM. Walaupun suami terpaksa keluar, banyak kali juga dia curi-curi masuk menjenguk aku, untuk memberikan aku semangat dan membacakan doa-doa agar aku lebih tenang (I love you Sayang!). Tepat pukul 4.00 PM yang juga merupakan waktu lawatan petang, suami masuk semula dan memapah aku ke bilik pemeriksaan untuk menyemak bukaan.

AKHIRNYA...Pada 4 Julai 2010, 4.00 PM, bukaan semasa aku ialah 4.0sm.

Inilah dia! Aku seram-sejuk dalam sakit. Aku dinaikkan ke atas kerusi roda dan ditolak masuk ke Wad Bersalin sambil suami mengekor cemas dari belakang...

4 Julai 2010 - 4.15 PM: WAD BERSALIN
Sejurus baring di katil bersalin, tekanan darah aku serta degup jantung bayi diambil untuk sepanjang tempoh bersalin. Suami aku diminta keluar semula kerana mentuban aku akan dipecahkan. Dua kali aku di prod and poke, barulah aku rasakan air mentuban hangat keluar. Doktor (tak ingat nama) berkata: "Nanti you akan rasa contractions yang lagi sakit dari tadi. Bila sakit, you sedut gas ni", sambil menghulurkan aku gas mask untuk disedut. Aku angguk kepala lemah (lagi sakit dari tadi???). Suami dipanggil semula masuk, dan dia lekas-lekas ke sebelah aku bila tiba-tiba aku mengelinjang kesakitan sambil menyedut gas dengan mata separa terpejam...

Sewaktu membuka mata dan melihat muka suami yang pucat memandang ke arahku, sambil tangannya tak lepas-lepas menggenggam jariku dan mulutnya tak henti-henti membacakan doa, aku sedih ya amat. Kemudian suami berkata: "Awak janji dengan saya ya? Awak mesti pulang ke rumah kita lepas semua ni selesai". Aku menangis semahu-mahunya bila aku faham ketakutan apakah yang tersirat di hati dia pada waktu itu. Aku juga tak bersedia untuk itu. Jadi dengan menguatkan semangat aku berkata: "Mestilah! Saya akan balik dengan anak kita". Doa suamiku diperkenankan Allah, kerana tak sampai beberapa minit selepas itu, aku terasa seperti baby menolak dirinya keluar. Suamiku cepat-cepat keluar memanggil doktor. Alhamdulillah...selepas meneran kali ketiga sahaja, baby selamat keluar dan seketika kemudian aku terdengar esak tangisnya. Dalam keadaan yang lemah dan masih mamai aku berulang-ulang kali berkata: "Terima kasih banyak. Terima kasih semua! Terima kasih.." :D

Selepas dibersihkan, baby diletakkan atas dada aku. Dia seorang baby girl yang comel yang berhenti menangis serta-merta tatkala mendengar suara ayahnya mengalunkan qamat. Aku tersenyum tak henti-henti, walaupun dengan kaki menggeletar menahan sakit ketika doktor menjahit luka koyak yang sampai ke buntut sebab baby push keluar sewaktu bukaan baru hanya 9.0sm dan bukan 10.0sm. Aku melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.85kg pada 5.20 PM, hanya sejam lebih sedikit dari saat aku dimasukkan ke Wad Bersalin. Alhamdulillah...

4 Julai 2010 - 6.15 PM: WAD 4C
Tepat 5.50 PM, luka aku selesai dijahit. Aku dibangunkan dan dipapah ke kerusi roda. Baby pula diletakkan atas pangkuanku dan kami disorong ke Wad 4C. Dan bermula dari situ, semuanya berjalan begitu cepat! ;D Sewaktu bersalin, rasa seperti cukuplah aku beranak seorang tu saja. JERAN sungguh bila mengingatkan sakitnya. Tapi sekarang aku tak kisah untuk tambah 2-3 orang lagi (dengan izin suami sebab katanya dia tak sanggup melihat aku sakit) kalau semua anak aku kiut-miut camni! Tak salahkan puji anak sendiri? ;P Hahah