Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, January 12, 2009

Parut Sebuah Luka...

Eceh, tajuk entri macam nak syahdu je... Bagi orang-orang yang tahu aku berstatus 'tunangan orang' mesti ada yang melatah ni. Hah? Gaduh ke kau orang ni? Ada masalah ke Zu? (*nama separa feminin). Sebenarnya tak ada kaitan dengan jiwa luka pun. Kalau dalam ranking 1-10 orang paling bahagia di dunia sekarang ni, aku rasa aku nombor 1 lah. Confident babe :D keke. (I love U Cinta!)

By the way, sebenarnya aku nak cerita pasal sebuah parut lama di muka aku. To be exact, di bahagian atas dahi aku. Pagi tadi sebelum masuk tidur (sebab aku baru lepas buat tender di ofis, dan habis pukul 6.30 pagi) aku sikat-sikat lah rambut dulu. Aku ni memang suka melawa kalau nak masuk tidur! Tak tahu kenapa, dah macam habit. Tapi alhamdulillah lah sebab setakat ni tak ada pulak aku bermekap-mekap nak ke jamban. (*pftt wateva)

Nak dijadikan cerita, masa aku sibak-sibak rambut aku, aku terperasankan parut panjang di bahagian dahi atas yang ditutupi anak rambut. Kalau kau orang nak tahu, bentuk dia sebiji macam kilat. Huiyo..adakah aku jelmaan Harry Potter dalam bentuk wanita? Keke. Aku teringat lagi macam mana aku dapat parut ni di dahi....pling pling pling...(*bunyi efek flashback)

Ni semua gara-gara berebut tong Glucose kosong dengan anak jiran. Tong tu aku jumpa depan rumah, aku ingat nak guna untuk lilit benang layang-layang. Sekali si budak gangster sebelah rumah ni pun terpa nak ambil tong tu juga. Main tarik-tarik tong la kami. Dia yang lastly dapat, tapi agaknya sebab geram berebut-berebut lama dengan aku diketuknya dahi aku sekuat-kuat hati dengan tong tu.

...dan darah pun turun mencurah-curah. Mak aku kata keadaan aku pada waktu itu sungguh gore sekali. Aku kena tujuh (7) jahitan (lucky number ni, keke). Mak aku kata, masa doktor nak jahit luka aku tu, dua kali muka beliau kena terajang dengan aku. Dan mak aku bilang lagi, ada empat (4) orang dewasa memegang aku. Time tu umur aku lima (5) tahun. Bila diingatkan kembali, aku rasa scene rasuk dalam cerita The Exorcist mungkin mendapat insiprasi dari aku la kot.

Dan sekarang bila tengok parut luka tu, aku mesti rasa bangga semacam sebab aku berjaya menerajang seorang doktor lelaki dewasa. Heeee :D



Kau orang pernah ke? (*eksyen pulak)

Siang Mengantuk Malam Berjaga

It's 6.20 AM, and I'm still in the office....Kerja di tempat baru memang cukup mencabar. Tetapi teringat juga masa aku dulu-dulu di tempat kerja lama. Aku pernah mandi di pejabat dan tidur di surau pejabat. Kalau aku lelaki mungkin masih tak mengapa, tapi mungkin juga sebab aku perempuan yang masih single, hal aku stayback masih dikira tak mengapa...(*ingat aku tak kisah ke?)

Nasib aku baik sebab aku jarang kepenatan. Seletih-letih aku mempersiapkan tender dari pukul 2.30 petang semalam, aku masih cergas pada waktu ini. Aku lihat ramai rakan sepejabat aku dah tersengguk-sengguk di meja mereka. Tapi nasib aku dikira tidak baik pula setibanya sampai di rumah nanti, sebab aku macam sure saja yang aku pasti masih kekal cergas sampai tak boleh lelapkan mata. Begitulah selalunya keadaan aku.

Pernah suatu masa dulu sewaktu zaman belajar di uni, aku mengidap insomnia. Selalu berlaku keadaan di mana tiga hari berturut-turut aku tak dapat tidur, ubat tidur tak mendatangkan kesan lansung. Dalam waktu sunyi-sepi sesekali kedengaran dengkuran halus budak-budak sebilik, aku masih tergolek-golek tak dapat tidur. Lastly, untuk mengelakkan keresahan aku cuci toilet malam-malam.


Dengan berus gigi.


Friday, January 09, 2009

Mula Balik...

Aduh....lamanya aku dah tak menulis. Macam-macam yang terjadi dalam masa sesingkat 3-4 bulan selepas raya tahun lepas. Aku sekarang dengan kerja baru...Alhamdulillah. Bukan gaji besar yang aku kejar (*tipu), cuma aku mahukan kerja di tempat yang lebih stabil dan terjamin. Badan aku masih kuat, otak aku masih waras, tenaga aku masih OK, jadi kudrat yang masih ada ni akan aku gunakan sebaik-baik mungkin sehingga aku jadi...er...jadi k-a-y-a :">







Amiiiinnnn..!

Wednesday, September 17, 2008

And I Love You So...

September is a month that marks so many birthday reminders in my handphone. My sweet and loving father on the 16th, my cute sister Linda on the 23rd and of course, my life and death, my love, Mohd Hezrik on the 14th. This post is dedicated to you Cinta.

Dear Love,

On your birthday (14th Sepetember), I want to dedicate the most beautiful song that we both love - Ágætis Byrjun by Sigur Rós. Even though I don't really know the meaning of this song, but I'm sure it must mean something wonderful, something awesome. Like you.

During my whole life, I've stumbled through hell and back, and now that I've found you, I need not worry anymore. I'm no longer afraid. You are a godsend and I promise to be by your side. FOREVER.


Selamat Hari Lahir Cinta ;*

Tuesday, September 16, 2008

Hibernasi & Selamat Hari Jadi

Sudah beberapa minggu aku tak dapat meng-update blog sebab ditugaskan ke AMBank atas urusan kerja. Internet di Beta Room, bilik khas untuk vendor di AMBank diterhadkan capaian Internetnya. Sungguh boring. Semua capaian terpaksa merintangi proksi yang garang dan jahat. Aku pasrah. Tapi kini aku kembali di ofis. Weehuu untuk aku!

BTW, harini (16 September 2008) harijadi ayah aku.... :)


Ayah ada magic touch dan memang pandai ambil hati budak-budak :)

Encik Amri Bin A'ala, selamat harijadi yang ke-59. Azzu sayang ayah! Semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin... *pelok* Azzu tak mahu tengok ayah susah-susah lagi. Berhentilah kerja ya? Teman mama kat rumah. Pergilah bercuti mana-mana dengan mama. Honeymoon balik ke? ;D

Monday, August 25, 2008

Cerita Dari Kampung Lagi...

Sebetulnya aku ada pulang ke kampung kira-kira dua minggu yang lepas, dan sekarang baru aku nak update blog dengan kisah ni. Bak kata Dian Sastro dalam AADC: "Udah BASI!!". Tapi pengalaman balik kampung tak pernah basi dalam ingatan aku. Rasa macam semalam saja aku balik ke kampung Tok Wan & Tok Ki tunang aku, Hezrik, di Jementah, Johor. Masuk minggu itu, sudah tiga kali aku balik ke sana. Jementah sebuah pekan kecil, dikelilingi ladang-ladang getah melepasi kaki Gunung Ledang. Kampung Tok Wan & Tok Ki terletak di Kampung Paya Jakas Jementah, sebuah tempat yang begitu aman dan tenang membuatkan orang seperti aku terlupa akan kewujudan Kuala Lumpur buat seketika.


Ladang getah dan kebun disekitar rumah Tok Wan & Tok Ki

Tujuan aku dan Hezrik pulang ialah untuk menghadiri kenduri kesyukuran di kampung. Dengan dijanjikan sajian Nasi Ambang "Original" Tok Wan & Tok Ki, aku pantas saja mahu pulang ke Jementah. Almaklumlah, aku tak pernah tahu dan merasa apa itu Nasi Ambang, apatah lagi yang "Original". Mengikut rancangan asalnya, aku, Hezrik dan dua orang adiknya Syafiq dan Haziq akan bertolak dari Wangsa Maju pada Jumaat malam sebaik sahaja pulang dari kerja, mandi dan terus bersiap-siap untuk bergerak. Tapi entah kenapa, aku cukup hairan dengan warga kota yang selalu membuatkan jalan sesak teruk (di mana-mana) pada setiap petang Jumaat, membuatkan rancangan kami yang ingin bertolak pada pukul 8.00 malam tertunda ke pukul 10.30 malam. Dan kami sampai ke Jementah tepat pukul 2.00 pagi, too tired to strike a conversation dengan Tok Wan & Tok Ki (macam orang mamai), dan terus masuk tidur macam balak hanyut sampai ke pagi Sabtu. Kesian Tok Wan & Tok Ki yang terjaga tidur sebab menyambut kami (ampun!).

Bangun-bangun paginya, aku panik sekejap. Aku terlupa aku di mana. Aku ingatkan aku kena culik, haha. Mungkin sebab sampai-sampai semalam otak aku tak sempat nak register yang aku waktu itu telah berada di Jementah. Aku kemas-kemaskan rambut panjang aku yang mencecah punggung, kusut, bergulung-gulung. Aku perbetulkan t-shirt Interpol (pemberian Hezrik) dan perketatkan ikatan kain batik di pinggang (ya, kain batik...jangan pandai nak komen lebih-lebih). Kemudian aku bergegas ke dapur. Aiseh...sarapan dah ada. Aku baru ingat nak tolong-tolong buat sarapan, tapi bila tengok jam di dinding rupanya dah pukul 8.30 pagi sendiri mahu ingatlah kan? Tak lama kemudian, ahli-ahli keluarga Hezrik yang lain sampai dari KL. Aku cakap pada Hezrik: "Tak ada beza kita bertolak awal semalam sedangkan dia orang semua sampai pagi macam ni di Jementah". Tapi Hezrik kata, bila dah bermalam satu malam di kampung, rasa bercuti tu macam lama sikit. Betul juga tu ;)

Dah sampai Jementah ni, aku mengambil kesempatan lah nak membeli kain-kain baju raya di pekan berhampiran iaitu pekan Tangkak. Khabarnya Tangkak ni macam syurga kain! Petang itu, aku dan Hezrik ke Tangkak. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk. Aku ni kurang berpengalaman membeli kain, sebab baju kurung aku semua aku rembat dari mama. Hoho ;P Aku ni hanya pandai cari kasut dan baju dan jaket dan muffler dan lingerie dan tas tangan dan apa-apa lagilah selain kain ela. So mostly kain-kain semua Hezrik yang pilih. Yang mana nak beri pada mama, yang mana nak beri pada Lin, yang mana nak beri pada Anna, yang mana nak beri pada Azury, kain pelekat apa yang cantik untuk ayah...terima kasih ya Cinta :) Kalau ikut aku, sampai 4-5 kali akak kedai tu menurun-naikkan kain yang tergantung tinggi-tinggi, sebab aku sekejap-sekejap tukar fikiran. Aku rasalah kan, dalam hati akak tu mesti ada perasaan macam nak kait aku dan gantung aku bersama-sama kain ela banyak-banyak tu ;P

Pekan Tangkak sungguh old-school dan cool!


Terlalu banyak kedai kain, terlalu singkatnya masa.


Aku terjumpa kucing ni di celah-celah kedai usang. Rasa macam nak bela dan bawa balik KL saja, tapi diri sendiri pun jenuh nak jaga *haih*

Sabtu berjalan pantas, sekejap saja dah Ahad. Kali ni aku dah bangun pagi-pagi untuk turut serta "merewang" (bahasa jawa: gotong-royong memasak ramai-ramai). Ramai yang dah potong, cincang, gaul, blender bahan-bahan kat dapur. Semuanya bertutur "orong ereng orong ereng" (baca: berbual dalam bahasa jawa) satu patah haram aku tak faham! Nasib baik Hezrik pun tak faham juga. Nasib lagi baik sebab bakal mak mertua aku pun tak pandai cakap jawa juga. Haha :D ;P Aku diberitahu Nasi Ambang sebenarnya nasi yang dimakan dengan campuran mee goreng, berlaukkan ayam masak kicap, sayur campur goreng (yang ada suun, tempe, kacang panjang tu...apa namanya entah, aku lupa) dengan kelapa parut berperisa (yang ini pun aku tak tahu apa dia...pertama kali jumpa). Sekali tengok, makanan ni nampak macam campuran pelbagai masakan dalam satu pinggan. Macam isi pinggan orang lain tertumpah dalam pinggan kau, haha, sumpah aku terkedu tengok masakan ni. Tapi bila dah makan...wah! Not bad! Not bad at all! Haha.

Inilah "merewang". Kalau ikut bahasa keluarga aku di Teluk Intan, "merewang" tu sama dengan "berpeleseran". Hehe


Upacara memasukkan taugeh oleh Mak Ita dalam kawah mee goreng untuk juadah Nasi Ambang.

Rupanya kenduri telah di postpone pada waktu malam, dan disebabkan pagi esoknya aku ada system presentation awal pagi di pejabat, aku terpaksa meminta izin dari Tok Wan & Tok Ki untuk pulang ke KL lebih awal. Aku frust tak dapat hadiri kenduri tu, tapi ada rasa puas hati juga sebab at least aku ada menyumbang tenaga sedikit-sebanyak dalam mempersiapkan Nasi Ambang untuk kenduri tu.
.
.
.
.
.
Tok Wan, Tok Ki,

InsyaAllah kalau ada rezeki Azzu akan balik ke kampung lagi dengan Hezrik. Terima kasih banyak-banyak atas layanan baik Tok Wan & Tok Ki, Azzu rasa macam pulang ke kampung sendiri saja. Terima kasih juga atas bungkusan Nasi Ambang tu. Azzu dah habiskan dalam masa satu hari je! Sedap! InsyaAllah, kalau berkesempatan, raya nanti Azzu datang lagi kot :D

Tok Wan dikelilingi cucu-cucu yang juga peminat beliau. Tengok betapa eksyennya muka Tok Wan (kekeke).

Wednesday, August 06, 2008

Cerita Dari Kampung...

Orang utara kata: "Baloq Liat". Itulah aku. Ni baru nak update blog. Cerita hari apa punya? Hari Sabtu lepas. Baloq tak baloq? Sabtu lepas aku pulang ke kampung halaman, Teluk Intan. Dah lama tak balik, rindu sangat rasanya dekat mama dan ayah aku. Dahlah adik aku cerita yang ayah aku jatuh tangga gara-gara nak mengecat bilik baru renovate kat rumah kampung tu, lagilah buat aku tak sedap hati nak jumpa dia orang cepat-cepat. Aku balik naik bas saja sebab faham-faham je lah harga minyak sekarang dah macam haram. Aku memang dah lama tak naik bas ekspres, so bila melihat susun atur tempat duduk dalam bas Transnasional tu, aku jadi macam jakun lah sikit. Terus aku tangkap gambar (bawah), hoho.

Kakak tudung biru sempat memberikan pose manja dengan menggigit jari dan menyentuh hidungnya.

Sesampainya aku di stesen bas Teluk Intan, aku dijemput oleh adik bongsu aku (Anna) yang kebetulan pulang juga ke kampung dari UiTM Sri Iskandar. Pandai dah si kenit tu pandu kereta :D Lega hati aku bila tahu yang ayah aku tak apa-apa, cuma lebam sikit di pinggul. Aku ingat nak desak ayah pergi berurut ke apa, tapi aku kenal sangat ayah aku tu. DEGIL. Macam aku juga! ;) Bila sampai rumah, aku terus salin baju pakai baju kurung (mama aku punya) sebab terpaksa menghadiri kenduri kahwin anak jiran gara-gara mama aku tak memasak tengahari tu. Setiap kali, bila aku balik kampung, tengok rumah saja mesti dah sejuk hati aku. Tenang semacam. Aku cintakan rumah ni. Walaupun aku seorang anak bekas askar yang banyak menghabiskan masa-masa membesar di merata lokasi (dari Pengkalan Chepa, Miri, Kluang, Sungai Ara dan akhirnya Teluk Intan), tapi tiada tempat yang sehebat rumah ini. Inilah tempat yang aku panggil "kampungku" walaupun belakang rumah aku sekarang ialah sebuah kawasan perumahan (masa awal-awal dulu ladang getah tu).

Ini bilik baru renovate yang ayah aku kemalangan kecil ketika mengecat tu. Very Paris Hilton kan colour dia? (I loike!)


Luar rumah penuh pokok bunga dah macam hutan kecil. Paling best ada tempat lepak yang sejuk dan nyaman di hujung barisan pokok-pokok ni.

Petangnya aku keluar ke pekan, temani Anna menghantar laptop-nya yang tengah biul dengan bad sectors ke kedai komputer. Sempat pula aku beli kasut dua (2) pasang dengan clutch seketul, warna fave aku (evil purple). Hehe :D Malamnya aku belanja keluarga makan di Wani's Cafe berdekatan Rumah Rehat Teluk Intan. Sedap betul masakan di sini walaupun menunya biasa-biasa saja.

Ayah pesan Nasi Paprik ;P~~


Mama nak makan Nasi Goreng USA (aduh lapar tengok gambar ni...)


Ini Kuewtiaw Kungfu Anna. Rupa - Biasa. Rasa - Fuh...luar biasa!


Kuewtiaw Kantonis aku. Aku makan sampai licin. Kruk kruk kruk bunyi sudu aku mengeruk pinggan :D


Sayangnya minggu ni tak ramai adik-adik aku yang pulang ke kampung sebab dia orang baru je balik minggu lepas. Kalau semua sekali ada ni, mesti riuh. Dalam keluarga aku ni ramai sangat Pak Lawaknya, keke ;D *sigh* I miss them. Tak sabar nak tunggu raya! (Puasa pun belum lepas!) huhu. Dalam perjalanan balik ke rumah, kami lalu di sebuah kawasan funfair. Dah lama tak masuk funfair, so aku minta mama aku berhenti sekejap tepi jalan sementara aku dan Anna mengambil-ambil gambar di funfair. Mama dengan ayah aku pula ber-dating dalam kereta sementara menunggu kami. Keke :D




The next day dah kena balik KL. Sekejap sangat bercuti, tak hilang lagi rasa rindu ni. Haih... Kalau aku balik lama sikit, mesti mama dah masakkan laksa, atau soto, atau laksam, macam-macam lagi lah :) Mama memang pandai manjakan anak-anak dengan masakan fabulous beliau. Sempat juga aku ke pasar minggu Teluk Intan sebelum aku berangkat ke KL. Ada seorang pakcik yang menjual segala mak nenek senjata besi (rasanya hampir kesemua koleksi dia ada contohnya di SINI) telah
perasan tentang aku yang asyik mengambil gambar. Lalu dimintanya aku untuk bergaya memegang sebilah keris jualannya dan menyuruh Anna untuk mengambil gambar aku. Hehe. Tapi aku jawab: "Tak apa la Pakcik. Saya takut!" ;D

Haih....nak balik kampung lagi rasanya!





p/s: rasa macam nak aktifkan flickr dengan gambar-gambar yang aku tangkap. Tapi aku pakai camera phone je *sob sob*