Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Friday, November 02, 2007

Trend Bercinta Paling Hangat! (NOT)

Haha, tajuk post ni tak boleh blah betul lah! Tapi aku peduli apa! Aku rasa mesti ramai yang dah perasan tentang trend ni. Sungguh Hairan Bin Haron trend-nya...Bermula kisah membuka tentang trend ni berlaku dalam beberapa minggu akhir bulan puasa (aku tahu, macam dah terlambat nak bercerita, orang dah nak krismas pun, haha). BTW, ini kisahnya.....

(Di suatu petang di OU)

OU as usual pada hujung minggu memang ramai orang. Lagi-lagi time nak berbuka dalam 2 jam lagi. OU yang sebegitu besar pun kadang-kadang boleh sesak dengan manusia. Orang bandar memang suka ke gedung-gedung agaknya. Aku walaupun tak berapa gemar pergi ke tempat-tempat sesak, tapi kalau bersama kekasih ke mana pun AMAN bagi aku! Pasar ikan pun ON je! Haha! Ada berani? (Siku-siku lutut si dia) :D

Apa-apa pun, pada waktu itu, aku dan si dia sudah siap duduk di sebuah meja di Burger King. Lagi 20 minit nak berbuka. Kami berbual-bual pasal music mostly, sambil tu mata kami melilau-lilau melihat gelagat orang lalu-lalang di hadapan Burger King. Amoi-amoi kurus cantik berseluar legging ber-blouse ketat, anak-anak kecil bermain polis sentri di tengah-tengah kesesakan dengan ibu mereka terpekik-pekik "JANGAN LARI!" (aku rasa dalam permainan tu, kanak-kanak tersebut membayangkan ibu mereka sebagai polis dan mereka sebagai pencuri, haha), couples jalan bergandingan, abang-abang berbual dengan tangan dalam poket....Lari cerita sikit: Mengikut psikologi, orang yang menyeluk poketnya ketika berbual tidak boleh dipercayai kerana mereka bersifat perahsia. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah yang actually mereka lakukan dengan tangan di dalam poket tersebut? :P

OK, masuk cerita balik. Alkisahnya, sewaktu sedang mencuci mata aku bertanya kepada si dia..

Aku: Sayang, tengok couple tu (sambil curi-curi tunjuk dekat sepasang couple)
Si Dia: Hah. Kenapa dengan dia orang?
Aku: Dari haritu lagi B perasan and I don't understand. Kenapa perempuan suruh bf dia bawakan handbag? Ingat elok ke? Bf dia nampak stupid and hedious dengan handbag tersangkut kat bahu camtu! The gf is so MEAN to do that to their bf you know?!
Si Dia: Ha'ah lah B. Kat Curve haritu lagi ramai. Trend kot? (tergelak-gelak)
Aku: Sampailah hati gf dia suruh bf dia bawakan handbag camtu...Dah jadi macam badut bf dia tu. Bukannya berat pun handbag tu. Yang gf tu pun bukannya takde tangan! Ngengader! Macam memperlekeh-lekehkan bf dia je! Bangga lah tu ada bf yang sanggup pegang handbag dia orang!
Si Dia: Entahlah B...Nasib baik B tak suruh pegangkan handbag! (buat muka cheeky)
Aku: Isk. Takkan lah! Kalau beg yang rugged sikit, kalau nak suruh Sayang pegangkan sekejap tak apa la. Ini handbag metalik, bling-bling dengan batu-batu bagai! Ada keychain comel-comel lagi! Haish...

(Pada waktu itu lalu lagi 2-3 pasang couples dengan bfs with handbags)

Aku geleng kepala.

Nasihat aku untuk wanita-wanita, gadis-gadis, ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik di luar sana..Sila HORMATI pasangan kamu!
Jangan manja tak bertempat! Ngengader! Naik lemak! Jangan sampai handbag pun nak suruh dipegangkan. Men look very very stupid with handbags, ENOUGH SAID.




p/s: Aku tak pernah tengok ayah aku membawa handbag mama aku even dia orang still berjalan pegang tangan sampai sekarang.

Thursday, November 01, 2007

Pizza Hut ke Piza Hak?

Pertama sekali, maaf jika post aku kali ni ada menyinggung hati siapa-siapa. Bukan tujuan nak mengata, tapi cuma bercerita tentang apa yang aku rasa. Look on the positive side, anggaplah post aku ni kelakar. BOLEH? BAIK! Mari kita mulakan! (Kenyit mata, buat muka kawaii)

...........

Saleem...dah lama lama aku tak dengar lagu Saleem. Eh, aku pernah layan Saleem ke selama ni? Terdengar saja, layan tak taw! Kau orang minat Saleem? Aku tak. Kadang-kadang eja nama Saleem pun silap. Sekejap Salim, kadang Saliem, pernah juga Saleim, tapi tak pernah lagi Saleym, haha (Apa aku mengarut ni?). Ejaan "Saleem" ni pun aku copy-paste dari Wikipedia. Tak percaya sudah, nama kau Bedah, (tut tut) kau sebelah! (Sengaja aku type "tut tut", sebab aku baru je sebut dalam post sebelum ni. Kang orang ingat aku suka tetek pulak. Eh, aku sebut lagi. Oh well, phbbtt.)

Ok, Ok, berbalik kepada Saleem. Aku tak minat Saleem sebab....
  • Tak hemsem. Muka Bangla (Bukan racist, cuma bukan taste aku)
  • Nyanyi tak sedap, serak-sengau (Dari telinga aku. Orang lain mungkin suka)
  • Aku tak gemar dengar lagu tangkap leleh yang dikategorikan rock (Wuyyek!)
  • Masalah disiplin (Tak perlu aku bentangkan)
Dari telinga yang dah lama tak dengar suara tu, malam tadi lagu-lagu beliau telah berkumandang, di mana? You guess it right, Pizza Hut cawangan Wangsa Maju. Aku yang bergandingan tangan dengan yang tersayang malam tu rasa best sebab nak dibelanja makan pizza. Muka aku tersengih habis cun, seronok lah katakan. Langkah-langkah je masuk Pizza Hut............

"..lambaian tanganmu...masih ku ingat selalu..." <-- copy-paste juga ni :|

Hok alah! Pasaraya The Store ke apa ni? Cari-cari tempat duduk, kami duduk, order makanan. Apa bang? Tak berapa faham! Abang Pizza Hut cakap melayu dengan pelat Terengganu pekak (baca: pekat). Selepas abang tu blah dari meja, aku berbisik pada tersayang:

Aku: "Sayang, tadi tu mesti abang yang pasang lagu ni, kan?"
Sayang: "Maybe kot. Hai..sia-sia Pizza Hut bayar MACP dengan PRISM"
Aku: "Entahnya. Lagu yang dipasang kadang-kadang boleh buat orang tak mau masuk sini taw Sayang. I'm not entertained at all"
Sayang: "Memang. Tengok je NZ tu, kalau dah lewat-lewat, tapi still ramai orang, apa dia orang buat B nak taw? Tutup ASTRO, pasang radio. Cara menghalau orang paling berkesan. Siapa nak lepak lama-lama? Sangap! Hehe"

Makanan sampai ke meja. Kami nak tambah order. Aku rasalah kan...abang yang ambil order ni pun kemungkinan besar sekampung dengan abang tadi. Yang ni even worst, dia cakap laju! Aku tak paham, tapi aku tak mahu kecilkan hati orang, aku sengih angguk-angguk. Nasib baik betul apa yang aku anggukkan.

(Lagu Saleem dah habis...suasana sunyi sekejap..)
Kami makan dengan tenang sambil berbual.

Kemudian....
(Ulangan lagu Saleem lagi)
Aku rasalah kan, dia orang ni pasang kaset lah. Aku pandang muka tersayang. Dia pandang muka aku.

Aku: "Ni bukan lagu mula-mula dengar tadi ke? Ni macam cue nak halau je ni"
Sayang: "Ha'ah la B, dia orang ulang ni. Bodoh lah"

Abang Pizza Hut datang hantar bil tanpa diminta ke meja kami. Sah kena halau. Sejurus keluar dari situ aku berkata dalam hati: "Selamak tingga Piza Hak, selamat datang Wangsa Maju". Dan sekelip mata seperti kebolehan Hiro Nakamura kami sampai ke Wangsa Maju dengan selamat!

Wednesday, October 31, 2007

Khas Untuk Mereka Yang Buta Perut

Senario: Beratur di LRT Wangsa Maju pada suatu pagi untuk ke pejabat...


- Tren Muncul - (Sila buat sound effect sendiri)

(Berkata Dalam Hati):
Aku tak boleh nak masuk lah bodohhhh. Yang kau orang tolak-tolak ni pesal? Takde sivik! Kecik-kecik tak nak mampus, dah besar nak buat orang lain mampus! Baghal! Keldai! Aduh sakit!!! DAMN! (Kaki aku dipijak abang gemuk bersaiz Shrek. Abang Shrek senyum sumbing pada aku. Aku buat-buat tak nampak dengan maintain cool sambil layan Frank Sinatra di iPod)


- Sejurus Masuk Ke Dalam Tren -

(Masih Berkata Dalam Hati):
Oi kau! Kau perempuan cute berbaju hijau! Bukan main cantik kau bersandar kat palang besi tengah-tengah gerabak ni. Bapak kau dah chop kan tempat tu untuk kau ya? Lepas tu, kami dalam 10 orang tersepit ni nak berpaut di mana? Kat tocang kau? Poket kau? Tetek kau? Bangang!! Tak considerate lansung! (Tren mula bergerak. Kami, 10 orang yang malang tiada tempat berpaut terhuyung-hayang nak tumbang. Nak berpaut di palang besi, palang besi pun tak nampak disandar cik berbaju hijau ni). Karang, kalau aku selinap je tangan aku belakang kau, kau kata aku lesbian syok kat kau pula! Minta ampun dik, akak tak suka pegang bontot perempuan kecuali bontot akak sendiri taw! <-- Tiba-tiba je ;P

(Aku perhati riak wajah seorang mamat cina sebelah aku. Muka ketat beb tengok cik baju hijau ni. Tiba-tiba mamat ni hulur tangan dia ke arah palang besi. TERpaksa lah TERgesel bontot cik baju hijau ni.)

Cik Baju Hijau Bodoh: HEIIIIII!!!
(Sambil jeling mamat cina dan raba-raba bontot sendiri) <-- Jangan risau dik, bontot adik tak hilang pun. Bodoh.

(Mamat cina buat muka toya. Aku nak tergelak)

Kesimpulannya: Orang-orang yang suka bersandar di palang besi LRT diwaktu-waktu sesak hakikatnya memang SUKA DIRABA.


So, RABALAH mereka tuan-tuan dan puan-puan! RABA DENGAN GUSTO! Yeah!




p/s: Banyak gila aku guna parenthesis, hehe ;D

Aku Ni Pemalas

Ada orang tanya aku kenapa tak update blog? Alahai....yang betulnya aku ni memang malas sikit. Tiap-tiap hari, ada saja idea aku nak tulis, tapi itulah..aku MALAS.

Tolong pukul aku sikit.

Kalau malas jangan buat blog, pandai! Nak tutup sayang pula, ya lah, banyak juga aku dah tulis sejak terbabit dengan blog ni. Cerita ada, luahan hati ada, sajak-sajak jiwang berkarat-karat ada...Kadang-kadang bila baca balik kelakar, sedih ada, malu dengan diri sendiri pon ade, hehe ;P

Apa-apa lah Cik Mahzura!!!

Thursday, September 20, 2007

Aku Tak Percaya

Panggil aku degil, paranoid, apa saja. Lantak kau orang. Aku terima. Tapi kalau kau orang mahu sumbatkan kepada aku berita bahawa gadis kecil yang dijumpai dalam beg itu ialah adik Nurin; mahu aku mengiyakan apa yang kau orang iyakan....Aku minta maaf. I WILL NOT accept that! Mungkin sampai bila-bila. Pendek kata, sampai Nurin dijumpai kembali.

Bagi seseorang yang semakin mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah melalui banyak penemuan sains, aku tidak menidakkan ketepatan ujian DNA. Tidak sama sekali. Ujian mungkin tepat, tapi kita harus ingat, laporan ujian mungkin TIDAK. Jangan salah faham. Aku bukan menuduh bahawa pakar-pakar ujian DNA dan bukan juga menghentam pihak berkuasa Malaysia menyeleweng. Ada kemungkinan besar it's human error. Tapi....itulah. Anything's possible! Untuk kes ini, terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya pada aku. Terlalu banyak persoalannya...

Dalam hati aku berfikir, takkan lah mak ayah tak kenal anak sendiri? Selama 8 tahun mereka membesarkan Nurin, takkan lah dengan secara magisnya mereka terlupa muka Nurin sewaktu pengecaman mayat. That's bullshit! Aku bertanya kepada diri aku sendiri samaada mak dan ayah aku mungkinkah tidak dapat mengenali muka aku jika aku ditempat Nurin. Jawapannya: TIDAK MUNGKIN. Unless kalau muka aku telah dirosakkan secara semulajadi (pereputan) atau perbuatan (dibakar atau dibelah sebagai contohnya). Tapi dalam kes ini, TIADA, dan mayat tersebut mati hanya dalam masa lebih kurang 6jam.

Ada seorang teman berkata: "Kadang-kadang perkara macam ni boleh jadi bila mak ayah dia tak mahu terima hakikat. So secara tak lansung mereka kata itu bukan anak mereka". Ya, ada juga betulnya tu, tapi agak aneh bukan kalau kedua-duanya menipu diri sendiri dan pihak berkuasa pada masa yang sama? Pengecaman mayat dilakukan oleh mereka secara bersama. Sekiranya ayah nya yang buat pengecaman, kemudian giliran mak nya pula, ada kemungkinan kata-kata teman aku itu benar. Tapi dalam kes ini tidak mungkin. Dan mereka keluar dari bilik mayat dengan perasaan yang amat-amat bersyukur dan berdoa. Takkan itu lakonan juga? Fikirkan.

Tiada tanda BCG? Kenapa fakta ini diketepikan? Bolehkah mayat yang telah dibiarkan selama lebih 6jam tiba-tiba "hilang" tanda BCG nya? Is it possible? Very unlikely. Tapi kalau ada siapa-siapa yang arif tentang ini, silalah kongsi maklumat bersama-sama. Bagaimana pula dengan susunan gigi? Susunan gigi mayat tidak pula diuji, sedangkan kajian dental features adalah salah satu bahagian dalam sains forensik! Sungguh PELIK. Ayah Nurin sendiri berkata bahawa susunan gigi mayat secara jelas memang tidak menepati Nurin.

And then we got the DNA test, wham! bham!
Mari kita tutup kes cepat-cepat!! Maknanya, sekarang ni kita tutup kes pencarian Nurin dan cari pembunuh "Nurin" yang "dijumpai" tersebut? Begitu? Aku sangat-sangat tidak puas hati. Aku berharap ujian DNA dilakukan sekali lagi oleh pihak yang berlainan pula. Bukan membuat sebarang pertuduhan di sini. Jangan cepat melatah. Manusia tidak ada yang sempurna. Period.

Dengar berita hari ini, katanya pengesahan DNA dan siasatan suntikan BCG akan disiasat selanjutnya untuk mengesahkan lagi bahawa mayat itu mayat adik Nurin, tapi sementara belum benar-benar sah dan selesai ni, pihak-pihak akhbar dan penyiaran boleh lah mewar-warkan berita ini dengan penuh sensasi. Dan aku cukup-cukup sedih dengan keadaan mak ayah Nurin sekarang menerima berita-berita yang belum disahkan dan disiasat secara habis-habisan. Masing-masing mahu menyiarkan berita paling terkini, masing-masing mahu paling update. Ketepikan sahaja perasaan mak ayah Nurin!! Media massa, kadang-kadang kau orang memang BANGSAT.

Thursday, September 06, 2007

Mencari Yang Tidak Dijumpai

Aku harap belum terlewat. Aku doa masih ada harapan. Aku terlihat poster kehilangan Nurin Jazlin Jazimin sewaktu membeli kueytiaw tomyam di Gerai Rambo Seksyen 2. Aku tenung poster lama-lama. Aku kesal. Kesal sebab kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kesal sebab manusia-manusia semakin jahat. Aku terbayang wajah adik-adik aku, adik-adik kepada sahabat-sahabat aku, anak-anak jiran aku. Aku takut! Minta dijauhkan dari sebarang kecelakaan ya Allah!

Pada mulanya aku percaya yang adik Nurin akan dijumpai dalam waktu terdekat. Kini dah masuk 16 hari. Aku susah hati, keluarga dia apatah lagi. Kesian ibubapa dia. Tak dapat aku bayangkan sengsara mereka menerima dugaan Allah. Kepada Encik Jazimin sekeluarga, diharap bersabar dan redha yang semuanya ini terjadi dan akan berakhir dengan izin Allah...Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik.

Walaupun ini bukan ruang blog pertama yang menguar-uarkan tentang kehilangan adik Nurin, tapi aku berharap sedikit sebanyak memberi exposure kepada kes tersebut. Banyak maklumat selanjutnya boleh didapati di sini. Kepada sesiapa yang berkemungkinan terlihat adik Nurin, bolehlah menghubungi: 019 - 366 7067 (JAZIMIN) / 013 – 248 6651 (YAN).


Doa Dikurniakan Rahmat & Petunjuk Allah:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripada-Mu, Sesungguhnya Engkau amat mengurniakan!" Amin....

Wednesday, September 05, 2007

Moga Lekas Sembuh Tun Dr M!

Alhamdulillah...selepas pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) yang berlansung selama 6 jam (dari pukul 8.45pagi: 04 September 2007), keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan stabil. Sebagai seorang yang dibesarkan dalam era Tun Dr M, aku merupakan salah seorang yang cukup-cukup mengkagumi jasa beliau membawa naik nama Malaysia di mata dunia. Seorang forward-thinker dan compassionate....inilah traits yang ada pada Tun Dr M yang tak ternilaikan dengan segunung emas sekalipun. He's a real gem, and to me he's a true HERO.

Tun Dr M telah "menyerahkan" nyawa beliau dengan mengandalkan kebolehan pakar-pakar tempatan untuk menjalankan pembedahan tersebut. Suatu hal yang menunjukkan betapa beliau percaya dengan keupayaan anak-anak jati Malaysia. Sekalung tahniah untuk hero-hero (senarai di bawah) di sebalik kejayaan pembedahan tersebut!

Pasukan Pembedahan Kardiotorasik:
  • Tan Sri Dr Yahya Awang (Ketua Pembedahan Kardiotorasik) yang dibantu oleh Profesor Dr Hartzell Schaff (Ketua Pembedahan Kardiotorasik Klinik Mayo, Amerika Syarikat).
  • Datuk Dr Rozali Wathooth
  • Datuk Dr Azhari Yakub
  • Datuk Dr Venugopal Balchand
  • Dr Mohamed Ezani Mohd Taib
Pasukan Pakar Bius:
  • Datuk Dr Mohd Hassan Mohd Ariff (Ketua Pakar Bius) yang dibantu Dr Sharifah Suraya Syed Tahir
  • Datuk Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain
  • Dr Nor Azlina Abdul Jalil
Pasukan Pemerhatian Rapi:
  • Datuk Seri Dr Robaayah Zambahari (Pengarah Perubatan IJN) yang dibantu Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher (Perunding Neprologis)
  • Dr Ghazali Ahmad
  • Dr S Ganeshanathan (Perunding Gastroentrologis)
Moga lekas sembuh Tun Dr M!!





*setengah sumber dipetik dari Berita Harian