Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label tak puas hati. Show all posts
Showing posts with label tak puas hati. Show all posts

Wednesday, June 25, 2008

Pijak Kami Lumat-Lumat

Hati aku pedih. Hati aku sakit. Rasa nak menangis, siapa yang dengar? Tiada siapa yang dengar rintihan hati orang-orang seperti aku. Orang-orang biasa dari kalangan pelbagai rakyat majmuk Malaysia. Dah lama aku tak menulis dengan emosi apatah lagi emosi berkaitan isu-isu semasa, berkaitan politik. Adakah nasib rakyat Malaysia seperti aku dan engkau, engkau, engkau yang sedang membaca post ini akan doomed? Yang hidup sederhana menjadi susah, dan yang hidup susah semakin susah?

Mata aku berair membaca tentang keputusan PDAM (Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia) yang telah membatalkan semua urusan pembelian minyak melalui kad kredit. Kata mereka jualan minyak melalui transaksi kad kredit tak menguntungkan. Kata mereka bank mengenakan caj yang mahal terhadap pengusaha minyak. Kalau tak untung, kalau caj mahal, apakah makna memperkenalkan kad-kad kredit Shell dan Petronas baru-baru ini oleh sesetengah bank? Apakah makna disebalik anjuran peraduan-peraduan dengan kad kredit stesen minyak oleh sesetengah stesen minyak? Kalau tak untung, takkanlah hadiahnya sebiji kereta secara bulanan.

Jangan diberi alasan harga minyak baru memotong sebahagian besar keuntungan PDAM, kerana kalau sebahagian besar yang dipotong, masih ada sebahagian kecil lagi keuntungannya bukan? Untung tetap untung, cuma banyak atau sikit sahaja! Kalau tak untung lansung, dah lama stesen minyak B-U-N-G-K-U-S. Sementara kami, apa yang kami dapat? Yang paling teruk dibebani harga minyak baru ialah kami! Kami, orang-orang yang lansung tiada mendapat keuntungan dari harga minyak baru, kami, orang-orang yang selama ini sebenarnya MENYARA pembangunan PDAM itu sendiri, atau apa PDAM lupa?

Cukup-cukup lah memberi idea-idea bodoh PDAM. Dulu kata nak pendekkan waktu operasi stesen minyak, tak boleh berlanjutan sampai malam. Siap nak minta kesemua stesen minyak di lebuhraya berbuat perkara yang sama! Ceteknya pemikiran ahli-ahli PDAM ni. Cetek, cetek, cetek! Dan nah sekarang, menghentikan penggunaan kad kredit pula. Terlampau cetek! Bukan semua mampu bayar cash untuk setangki penuh. Setangki penuh kereta aku sekarang berkos RM100 dan hanya tahan untuk seminggu. Dan kesimpulannya RM400 sebulan... *sigh

Buat waktu ini, aku tiada wang, gaji belum masuk, dan kad kredit pula nampaknya tidak diterima di stesen minyak. Adakah patut aku bercuti dari bekerja? Kalau tak kerja potong gaji, kalau potong gaji, bulan depan aku akan bercuti dalam jumlah hari 2 kali ganda pula berbanding bulan ini, tak begitu? Ini semua pentaakulan logik berdasarkan kitaran bulanan dengan kadar eksponensyel yang menurun dan menurun. Senarionya di sini, sedang ekonomi negara menghampiri inflasi, bank mengenakan caj pada PDAM. Bila PDAM tertekan dengan keuntungan yang sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya, mereka menekan pengguna. Dan kita ini yang sendirinya merupakan jalan mati bagi pihak-pihak terlibat di atas (PDAM dan bank) hanya mampu diam bila ditekan lagi dan lagi sehingga mungkin suatu hari nanti kita akan break kerana tak mampu melentur lagi. Tiada lagi cara hidup kita yang dapat kita ubah. Kita hanya crushed maggots underneath their feet.

Kerajaan, do something! Kami tak mahu lagi bekerja bersama Kamu (Kerajaan) pada waktu ini. Slogan tu TAK BOLEH PAKAI. Sudah tiba masanya Kamu bekerja demi kami. Kami yang menggerakkan ekonomi Malaysia ini. Kami yang merupakan objektif Kamu sehingga Kamu berada di mana Kamu berada sekarang.

Friday, November 02, 2007

Trend Bercinta Paling Hangat! (NOT)

Haha, tajuk post ni tak boleh blah betul lah! Tapi aku peduli apa! Aku rasa mesti ramai yang dah perasan tentang trend ni. Sungguh Hairan Bin Haron trend-nya...Bermula kisah membuka tentang trend ni berlaku dalam beberapa minggu akhir bulan puasa (aku tahu, macam dah terlambat nak bercerita, orang dah nak krismas pun, haha). BTW, ini kisahnya.....

(Di suatu petang di OU)

OU as usual pada hujung minggu memang ramai orang. Lagi-lagi time nak berbuka dalam 2 jam lagi. OU yang sebegitu besar pun kadang-kadang boleh sesak dengan manusia. Orang bandar memang suka ke gedung-gedung agaknya. Aku walaupun tak berapa gemar pergi ke tempat-tempat sesak, tapi kalau bersama kekasih ke mana pun AMAN bagi aku! Pasar ikan pun ON je! Haha! Ada berani? (Siku-siku lutut si dia) :D

Apa-apa pun, pada waktu itu, aku dan si dia sudah siap duduk di sebuah meja di Burger King. Lagi 20 minit nak berbuka. Kami berbual-bual pasal music mostly, sambil tu mata kami melilau-lilau melihat gelagat orang lalu-lalang di hadapan Burger King. Amoi-amoi kurus cantik berseluar legging ber-blouse ketat, anak-anak kecil bermain polis sentri di tengah-tengah kesesakan dengan ibu mereka terpekik-pekik "JANGAN LARI!" (aku rasa dalam permainan tu, kanak-kanak tersebut membayangkan ibu mereka sebagai polis dan mereka sebagai pencuri, haha), couples jalan bergandingan, abang-abang berbual dengan tangan dalam poket....Lari cerita sikit: Mengikut psikologi, orang yang menyeluk poketnya ketika berbual tidak boleh dipercayai kerana mereka bersifat perahsia. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah yang actually mereka lakukan dengan tangan di dalam poket tersebut? :P

OK, masuk cerita balik. Alkisahnya, sewaktu sedang mencuci mata aku bertanya kepada si dia..

Aku: Sayang, tengok couple tu (sambil curi-curi tunjuk dekat sepasang couple)
Si Dia: Hah. Kenapa dengan dia orang?
Aku: Dari haritu lagi B perasan and I don't understand. Kenapa perempuan suruh bf dia bawakan handbag? Ingat elok ke? Bf dia nampak stupid and hedious dengan handbag tersangkut kat bahu camtu! The gf is so MEAN to do that to their bf you know?!
Si Dia: Ha'ah lah B. Kat Curve haritu lagi ramai. Trend kot? (tergelak-gelak)
Aku: Sampailah hati gf dia suruh bf dia bawakan handbag camtu...Dah jadi macam badut bf dia tu. Bukannya berat pun handbag tu. Yang gf tu pun bukannya takde tangan! Ngengader! Macam memperlekeh-lekehkan bf dia je! Bangga lah tu ada bf yang sanggup pegang handbag dia orang!
Si Dia: Entahlah B...Nasib baik B tak suruh pegangkan handbag! (buat muka cheeky)
Aku: Isk. Takkan lah! Kalau beg yang rugged sikit, kalau nak suruh Sayang pegangkan sekejap tak apa la. Ini handbag metalik, bling-bling dengan batu-batu bagai! Ada keychain comel-comel lagi! Haish...

(Pada waktu itu lalu lagi 2-3 pasang couples dengan bfs with handbags)

Aku geleng kepala.

Nasihat aku untuk wanita-wanita, gadis-gadis, ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik di luar sana..Sila HORMATI pasangan kamu!
Jangan manja tak bertempat! Ngengader! Naik lemak! Jangan sampai handbag pun nak suruh dipegangkan. Men look very very stupid with handbags, ENOUGH SAID.




p/s: Aku tak pernah tengok ayah aku membawa handbag mama aku even dia orang still berjalan pegang tangan sampai sekarang.

Thursday, November 01, 2007

Pizza Hut ke Piza Hak?

Pertama sekali, maaf jika post aku kali ni ada menyinggung hati siapa-siapa. Bukan tujuan nak mengata, tapi cuma bercerita tentang apa yang aku rasa. Look on the positive side, anggaplah post aku ni kelakar. BOLEH? BAIK! Mari kita mulakan! (Kenyit mata, buat muka kawaii)

...........

Saleem...dah lama lama aku tak dengar lagu Saleem. Eh, aku pernah layan Saleem ke selama ni? Terdengar saja, layan tak taw! Kau orang minat Saleem? Aku tak. Kadang-kadang eja nama Saleem pun silap. Sekejap Salim, kadang Saliem, pernah juga Saleim, tapi tak pernah lagi Saleym, haha (Apa aku mengarut ni?). Ejaan "Saleem" ni pun aku copy-paste dari Wikipedia. Tak percaya sudah, nama kau Bedah, (tut tut) kau sebelah! (Sengaja aku type "tut tut", sebab aku baru je sebut dalam post sebelum ni. Kang orang ingat aku suka tetek pulak. Eh, aku sebut lagi. Oh well, phbbtt.)

Ok, Ok, berbalik kepada Saleem. Aku tak minat Saleem sebab....
  • Tak hemsem. Muka Bangla (Bukan racist, cuma bukan taste aku)
  • Nyanyi tak sedap, serak-sengau (Dari telinga aku. Orang lain mungkin suka)
  • Aku tak gemar dengar lagu tangkap leleh yang dikategorikan rock (Wuyyek!)
  • Masalah disiplin (Tak perlu aku bentangkan)
Dari telinga yang dah lama tak dengar suara tu, malam tadi lagu-lagu beliau telah berkumandang, di mana? You guess it right, Pizza Hut cawangan Wangsa Maju. Aku yang bergandingan tangan dengan yang tersayang malam tu rasa best sebab nak dibelanja makan pizza. Muka aku tersengih habis cun, seronok lah katakan. Langkah-langkah je masuk Pizza Hut............

"..lambaian tanganmu...masih ku ingat selalu..." <-- copy-paste juga ni :|

Hok alah! Pasaraya The Store ke apa ni? Cari-cari tempat duduk, kami duduk, order makanan. Apa bang? Tak berapa faham! Abang Pizza Hut cakap melayu dengan pelat Terengganu pekak (baca: pekat). Selepas abang tu blah dari meja, aku berbisik pada tersayang:

Aku: "Sayang, tadi tu mesti abang yang pasang lagu ni, kan?"
Sayang: "Maybe kot. Hai..sia-sia Pizza Hut bayar MACP dengan PRISM"
Aku: "Entahnya. Lagu yang dipasang kadang-kadang boleh buat orang tak mau masuk sini taw Sayang. I'm not entertained at all"
Sayang: "Memang. Tengok je NZ tu, kalau dah lewat-lewat, tapi still ramai orang, apa dia orang buat B nak taw? Tutup ASTRO, pasang radio. Cara menghalau orang paling berkesan. Siapa nak lepak lama-lama? Sangap! Hehe"

Makanan sampai ke meja. Kami nak tambah order. Aku rasalah kan...abang yang ambil order ni pun kemungkinan besar sekampung dengan abang tadi. Yang ni even worst, dia cakap laju! Aku tak paham, tapi aku tak mahu kecilkan hati orang, aku sengih angguk-angguk. Nasib baik betul apa yang aku anggukkan.

(Lagu Saleem dah habis...suasana sunyi sekejap..)
Kami makan dengan tenang sambil berbual.

Kemudian....
(Ulangan lagu Saleem lagi)
Aku rasalah kan, dia orang ni pasang kaset lah. Aku pandang muka tersayang. Dia pandang muka aku.

Aku: "Ni bukan lagu mula-mula dengar tadi ke? Ni macam cue nak halau je ni"
Sayang: "Ha'ah la B, dia orang ulang ni. Bodoh lah"

Abang Pizza Hut datang hantar bil tanpa diminta ke meja kami. Sah kena halau. Sejurus keluar dari situ aku berkata dalam hati: "Selamak tingga Piza Hak, selamat datang Wangsa Maju". Dan sekelip mata seperti kebolehan Hiro Nakamura kami sampai ke Wangsa Maju dengan selamat!

Thursday, September 20, 2007

Aku Tak Percaya

Panggil aku degil, paranoid, apa saja. Lantak kau orang. Aku terima. Tapi kalau kau orang mahu sumbatkan kepada aku berita bahawa gadis kecil yang dijumpai dalam beg itu ialah adik Nurin; mahu aku mengiyakan apa yang kau orang iyakan....Aku minta maaf. I WILL NOT accept that! Mungkin sampai bila-bila. Pendek kata, sampai Nurin dijumpai kembali.

Bagi seseorang yang semakin mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah melalui banyak penemuan sains, aku tidak menidakkan ketepatan ujian DNA. Tidak sama sekali. Ujian mungkin tepat, tapi kita harus ingat, laporan ujian mungkin TIDAK. Jangan salah faham. Aku bukan menuduh bahawa pakar-pakar ujian DNA dan bukan juga menghentam pihak berkuasa Malaysia menyeleweng. Ada kemungkinan besar it's human error. Tapi....itulah. Anything's possible! Untuk kes ini, terlalu banyak perkara yang menjadi tanda tanya pada aku. Terlalu banyak persoalannya...

Dalam hati aku berfikir, takkan lah mak ayah tak kenal anak sendiri? Selama 8 tahun mereka membesarkan Nurin, takkan lah dengan secara magisnya mereka terlupa muka Nurin sewaktu pengecaman mayat. That's bullshit! Aku bertanya kepada diri aku sendiri samaada mak dan ayah aku mungkinkah tidak dapat mengenali muka aku jika aku ditempat Nurin. Jawapannya: TIDAK MUNGKIN. Unless kalau muka aku telah dirosakkan secara semulajadi (pereputan) atau perbuatan (dibakar atau dibelah sebagai contohnya). Tapi dalam kes ini, TIADA, dan mayat tersebut mati hanya dalam masa lebih kurang 6jam.

Ada seorang teman berkata: "Kadang-kadang perkara macam ni boleh jadi bila mak ayah dia tak mahu terima hakikat. So secara tak lansung mereka kata itu bukan anak mereka". Ya, ada juga betulnya tu, tapi agak aneh bukan kalau kedua-duanya menipu diri sendiri dan pihak berkuasa pada masa yang sama? Pengecaman mayat dilakukan oleh mereka secara bersama. Sekiranya ayah nya yang buat pengecaman, kemudian giliran mak nya pula, ada kemungkinan kata-kata teman aku itu benar. Tapi dalam kes ini tidak mungkin. Dan mereka keluar dari bilik mayat dengan perasaan yang amat-amat bersyukur dan berdoa. Takkan itu lakonan juga? Fikirkan.

Tiada tanda BCG? Kenapa fakta ini diketepikan? Bolehkah mayat yang telah dibiarkan selama lebih 6jam tiba-tiba "hilang" tanda BCG nya? Is it possible? Very unlikely. Tapi kalau ada siapa-siapa yang arif tentang ini, silalah kongsi maklumat bersama-sama. Bagaimana pula dengan susunan gigi? Susunan gigi mayat tidak pula diuji, sedangkan kajian dental features adalah salah satu bahagian dalam sains forensik! Sungguh PELIK. Ayah Nurin sendiri berkata bahawa susunan gigi mayat secara jelas memang tidak menepati Nurin.

And then we got the DNA test, wham! bham!
Mari kita tutup kes cepat-cepat!! Maknanya, sekarang ni kita tutup kes pencarian Nurin dan cari pembunuh "Nurin" yang "dijumpai" tersebut? Begitu? Aku sangat-sangat tidak puas hati. Aku berharap ujian DNA dilakukan sekali lagi oleh pihak yang berlainan pula. Bukan membuat sebarang pertuduhan di sini. Jangan cepat melatah. Manusia tidak ada yang sempurna. Period.

Dengar berita hari ini, katanya pengesahan DNA dan siasatan suntikan BCG akan disiasat selanjutnya untuk mengesahkan lagi bahawa mayat itu mayat adik Nurin, tapi sementara belum benar-benar sah dan selesai ni, pihak-pihak akhbar dan penyiaran boleh lah mewar-warkan berita ini dengan penuh sensasi. Dan aku cukup-cukup sedih dengan keadaan mak ayah Nurin sekarang menerima berita-berita yang belum disahkan dan disiasat secara habis-habisan. Masing-masing mahu menyiarkan berita paling terkini, masing-masing mahu paling update. Ketepikan sahaja perasaan mak ayah Nurin!! Media massa, kadang-kadang kau orang memang BANGSAT.

Monday, August 27, 2007

Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Kalau lihat topik kali ni macam bagus aje. Macam nak bersyarah panjang aje bunyinya. Haha ;D Aku tak akan menulis tentang sesuatu yang aku pun masih HIJAU untuk perkatakan, dan bukan juga nak kata yang post kali ini menunjukkan betapa bagusnya aku tentang apa yang ingin diperkatakan. Faham? Seingat aku, ini mungkin kali pertama aku mencurahkan perasaan tak puas hati aku dengan perangai sesetengah manusia yang suka ambil remeh tentang kepentingan "PENGETAHUAN", pertama kali aku menulis dengan nada merungut so to say.

Mari aku ceritakan sebuah senario di stesen LRT KLCC. Aku sedang berbaris menunggu tren pada pukul 6.30petang dan kerana sudah terbiasa berbaris panjang pada waktu tersebut, aku hanya bersandar malas di dinding sambil mendengar perbualan-perbualan di sekeliling secara acuh tak acuh. Entah kenapa hari tu aku malas melayan iPod. Tiba-tiba berbaris di belakang aku dua orang gadis yang cantik, seksi, bijak bergaya. Gadis-gadis idaman jejaka metroseksual. Gadis-gadis metropolitan. Aku namakan mereka si "A" dan "B". Mereka berbual rancak tentang hal-hal yang berlaku dalam pejabat dan tentang lelaki handsome yang ini dan lelaki handsome yang itu. Sebelum itu ingin aku tekankan di sini bahawa perbualan mereka berdua dilepaskan dalam suara yang lantang dan yakin.

A: "Kau tau tak, tadi aku dapat emel berantai! Apa tu orang putih kata?...Ah, Junk Email!"
(Aku yang terdengar, berkata dalam hati: "Junk email ke Chain Email?")

B: "Oh, pasal apa?"

A: "Ada la pasal sebuah lukisan Da Vinci ni...Lukisan gambar perempuan yang famous tu. Apa namanya..? Hah, Madonna!" <- dengan lantang dan yakin.
(Aku berkata dalam hati: "Isk...Monalisa la bangang! Dah la kau cakap kuat-kuat!")

B: "Ooo..tau tau"
(Aku nyaris tepuk dahi, sambil berkata dalam hati: "Kau tau ke buat-buat tau?!")

A: "Dalam lukisan tu ada diagram kecil kat bawah. Aku sekali tengok, aku dah pasti ni mesti emel nak berdakwah tentang Jesus Christ. Ini semua dakyah orang Jew! Kau tau orang Jew?...alaaa..apa namanya dalam Bahasa Melayu tu.."

(B terus memotong)
B: "Ju (Jew)? Juvana?"
(MasyaAllah! Nak terkentut aku tahan gelak masa tu. "Bodoh!!Yahudi la bodoh!" Aku cakap dalam hati)

A: "Bukan Juvana! (dengan nada sedikit marah). Hah, Jew tu orang Israel!"
("Bukan semua orang Israel tu Yahudi cik kak,
alahai...awat la hang bangang sangat" aku cakap dalam hati lagi)

(Selepas perbualan tu aku namakan A sebagai "Ju" dan B sebagai "Juvana")

Ju: "Emel tu mention, kalau tak forward nanti ditimpa bala! Macam Prime Minister Mexico tu, anak lelaki dia mati sebab PM ni tak forward emel berantai ni. Tapi tak kan la aku nak forward kalau terang-terang emel ni berdakwah pasal Christianity, kan? Lain la kalau pasal Islam, sure aku dah forward awal-awal"
("Tapi atas nawaitu apa kau nak forward emel tu cik kak? Atas dasar ikhlas nak sebarkan ke, atau sebab takut ditimpa bala?" aku membebel lagi dalam hati)

(Dengan tak semena-mena, si Juvana ubah topik)
Juvana: "Eh, nak tau tak? Tadi sebelum balik, ramai abang-abang PM aku kat YM tau? (dengan nada sedikit eksyen)"

Ju: "PM...????"

Juvana: "Ha'ah, PM! Ala, apa tu? Personal Mail!!" <- dengan lantang dan yakin. ("Personal Mail kepala datok kau!Private Message la bengong!" Waktu tu, aku sudah tersangat rimas mendengar perbualan-perbualan mereka dan rasa mahu lari dari situ)

Dalam senario ini, apa yang aku ingin tekankan ialah sikap sesetengah orang yang tidak mahu melakukan research dan tidak mahu belajar! Learning is a LIFETIME process! Aku juga masih belajar dan belajar tentang perkara-perkara baru setiap hari. Setiap hari sekurang-kurangnya MESTI sekali Wikipedia aku buka dan explore bagi setiap category yang ada. Walaupun Wikipedia adalah sebuah sumber yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya, tapi begitu juga dengan buku-buku, akhbar-akhbar dan media massa yang lain. Bukan begitu? Kecualilah kalau kita merujuk pada Al-Quranul Karim.

Walaupun begitu, aku masih rasa pengetahuan ini tidak mencukupi. Minta di jauhkan lah dari berada dalam kelompok yang begitu yakin dan angkuh dan merasa seperti mereka sudah cukup pandai, cukup bijak, lantas menunjukkan kebodohan di khalayak ramai seperti si Ju dan Juvana. Sepasang couple Cina yang aku perhatikan sedang asyik berpelukan dari tadi juga turut terdengar perbualan si Ju dan Juvana kerana mereka kelihatan sedang merenung khusyuk muka-muka si Ju dan Juvana yang rancak berbual tak sedar keliling. Dan dari aksi "drop jaw" pasangan tersebut tahulah aku yang mereka juga merasa betapa absurd-nya perbualan si Ju dan Juvana. Beberapa minit kemudian mereka ketawa dan bercakap dalam bahasa Cantonese. Jelas sekali si Ju dan Juvana sedang ditertawakan.

So, apa yang aku nak sampaikan di sini ialah...jangan pernah berhenti dari mengejar ilmu. Sentiasa update dengan maklumat. Jangan malu bertanya kalau tak tahu. Jangan malas mencari kalau tak faham. Rasa kesal dengan sikap segelintir manusia yang sebeginilah yang buat aku malas untuk campur tangan dalam sesetengah perbualan. Nanti dikata "Cakap Nak Menang" (WTF? Ini pertandingan ke?), "Sentiasa Betul" (Kalau rasa salah, sila lah argue dengan penuh diplomasi), "Nak Tunjuk Pandai" (Salah ke aku nak berkongsi ilmu yang aku tau?)

Pernah tonton Talk Show? Oprah Winfrey...itu idola aku. Dia bijak, very diplomatic, sympathetic, philantropic, semua yang perlu ada dalam seorang pewawancara sebuah Talk Show.
Seperti Oprah, May Lee juga bijak. Lagi seorang individu yang aku amat kagum dengan pengetahuannya dan karismanya.Tapi seperti yang aku tekankan sekali lagi, BIJAK haruslah perkara yang paling utama. Kalau tak nanti, kita akan disajikan dengan program-program Talk Show bertaraf Kak Nita aje lah.

Intipati dialog-dialog Kak Nita (dalam suara sengau):
"Apa perasaan mak cik?"
"Mak cik sedih tak mak cik?"
"Mak cik dah berapa tahun macam ni?"
Soalan-soalan lazim untuk memancing airmata yang tak kesampaian keikhlasannya, kejujurannya, simpatinya, prihatinnya, dan hanya menambahkan sebal dan menyampah tahap Megatron kepada penonton seperti aku.

Bukan tujuan nak condemn siapa-siapa, tapi itulah...aku agak terkilan. Dari pertuturan seseorang dengan mudah kita mengetahui sejauh mana dia memandang berat tentang isu kepentingan ilmu pengetahuan, dan sekaligus menunjukkan secara jelas kepada orang ramai mentaliti dirinya sendiri. Learn! Learn! Learn! And be passionate about it, atas tujuan untuk menolong pada suatu masa nanti, atas tujuan untuk digunakan secara sihat, atas tujuan untuk menaikkan taraf bangsa...Dan yang penting, be humble, jangan berniat seperti gambar kartun di atas (lakaran Mark Stivers). Jangan sombong, bongkak dan angkuh dengan ilmu, kerana otak manusia, sama seperti anggota-anggota badan kita yang lainnya, cumalah SEMENTARA.