Aku ni dah lama tak marah-marah. Bukannya aku teringin nak marah, cuma agaknya sebab dah lama sangat tak betul-betul naik angin, bila aku naik angin semalam, aku rasa macam nak meletup dada aku, sampai panas rasa belakang mata aku, sampai perit rasa tekak aku. Rasa macam nak menjerit, nak mencarut, tapi aku tahan-tahankan. Makin sakit rasanya. Inilah namanya penyakit STRESS, penyakit abad millennia ni.
Alkisahnya mood aku sangat OK semalam. Aku happy. Demo tentang sistem pengurusan aset berjalan lancar di pejabat. Tengaharinya aku makan lauk sedap. Pulang ke rumah dijemput tersayang. Singgah makan Soto dan Nasi Beriyani Gam Daging di Kafe Mak Tim. Selepas mengambil Luna (Gen2 aku) di rumah Si Dia, aku terus memandu pulang ke Seksyen 2.
Sewaktu memasuki simpang Seksyen 2, dengan tak semena-mena, kereta Kancil toek di belakang memotong dan menghimpit aku. WTF, jahanam sungguh. Sudahlah di kiri-kanan penuh dengan kereta orang-orang yang berhenti makan di gerai-gerai, nak tak nak aku terpaksa membunyikan hon (hakikatnya aku benci membunyikan hon). Terus dia potong tajam masuk depan aku, hampir smooth macam Moonwalking Micheal Jackson, tapi tak cukup smooth sebab aku nyaris melanggar bumper Kancil tu.
"BARUA!!!!!!" Aku jerit sekuat hati dalam kereta sambil tunjuk fuck-fuck-fuck kat pemandu Kancil bodoh tu. Aku rasa meremang bulu roma, berderau darah panas aku. Aku rasa tak ubah macam Mel Gibson dalam Braveheart, siap siaga nak berperang. Aku mengucap panjang, aku baca doa Nabi Yunus banyak-banyak. Ketika memperlahankan Luna berhampiran lampu trafik, Kancil bangang tersebut masih di depan aku. Aku cuba nak tenangkan hati, tapi dada aku makin sakit bagai dicucuk-cucuk sampai aku terpaksa tekan kuat-kuat tulang dada aku nak menahan sakitnya. Tangan aku masih terangkat mengacung jari tengah. "Mati kau lahanat! Mati kau!"
Stranger-Yang-Celaka, kau bernasib baik tak mengenali aku beberapa tahun dahulu. Aku tak akan teragak-agak untuk melanggar kereta kau dari belakang, keluar dari kenderaan aku, dan mengajak kau untuk fight dengan aku. Kau jangan berani mempersendakan aku kalau aku betul-betul buat macam tu, sebab bukannya aku tak pernah buat dulu....Cuma sekarang aku ingin jadi orang yang berbeza, yang lebih kuat! Aku tak mahu menjadi seorang yang lemah, yang lemas dengan amarah dan tak dapat mengawal diri sendiri! So, "Fuck of! Semoga kereta kau terbalik esok"

