Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label bbq. Show all posts
Showing posts with label bbq. Show all posts

Wednesday, June 06, 2007

Ayam BBQ Resepi Ayah

Kalau kau orang nak tahu, my father is a FABULOUS cook! Walaupun jarang memasak kecuali menolong-nolong atau mengusik-ngusik mama aku di dapur, tapi bila ayah aku terlebih rajin and nak memasak untuk kami...fuiyo tak pernah sekalipun tak sedap! Keistimewaan ayah aku ni, dia kuat berjenaka bila memasak. Kadang-kadang kuali diketuknya macam drum sambil menari-nari, sebab berusaha nak buat mama aku ketawa! Haha, kelakar betul! Ayah aku memang seorang yang amat sweet dan sangat special ;*

Ayah pernah salin resepi Ayam BBQ dari somebody, tapi resepi tak lengkap.
Aku dengan adik aku gelak terbahak-bahak bila baca resepi tu, sebab title-nya ayah aku sengaja tulis 'BABI-Q' nak kasi mudah. Dapat kau babi beratur, haha! ;D Nama bahannya ada, sukatannya tak ada. Tapi ayah yang bagi sukatan agak-agak dia. Menjadi! Sedap betul! ;D Setiap kali raya eve, mem-BBQ adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Pada malam raya eve, kami bentang tikar atas rumput carpet depan rumah, and then kami bakar ayam BBQ resepi ayah, sotong, udang, kerang, ketam bola (hehehe~) dan duduk makan atas tikar, borak-borak sampai larut pagi. Memang seronok! Sini aku sertakan resepi Ayam BBQ ayah, kalau-kalau la ada yang nak cuba tunjuk skil kat pakwe atau makwe masing-masing, hehe:

  1. AYAM - Of course lah! Kalau nak sedap beli bahagian paha atau kepak, sebab rasa bahan meresap sampai dalam
  2. BAWANG MERAH - Beli bawang merah India. Rasa dia lagi kick, and kalau banyak lagi sedap sebenarnya
  3. DAUN PUDINA + DAUN KETUMBAR - Mix dua-dua daun ni lagi sedap walaupun daun ketumbar je pon OK. Tapi jangan lebihkan daun pudina, kita tak mahu Ayam BBQ berperisa Colgate kan, kan?
  4. JUS LEMON - Kalau nak rasa ala-ala ayam Nando's, lebihkan lemon. Usually aku guna sebijik je
  5. REMPAH KETUMBAR + JINTAN MANIS + JINTAN PUTIH - Semuanya dalam sukatan yang sama, kalau ketumbar sesudu, yang lainpun sesudu juga
  6. SERBUK KARI - Kalau nak rasa kari, lebihkan serbuk karinya. Kalau nak add lada hitam pon boleh, tapi aku tak pernah letak lada hitam sebab tak mahu orang pikir aku masak Blackpepper Chicken. It's NOT occay? It's Chicken BBQ Asli punya, heee :D
  7. SERBUK CABAI - Kalau nak pedas-pedas letak la 20 paket, hahaha. Seeloknya buat mild jangan pedas sangat, sebab ni makanan omputih bukan makanan orang Asia ye tuan-tuan dan puan-puan
  8. BAWANG PUTIH - Letak lebih kurang 1/4 dari bilangan bawang merah. Jangan banyak-banyak, tak sedap and tak seswai
  9. SERBUK BUAH PALA - 1/2 sudu cukup
  10. MADU - Madu penyedap resepi ni sebenarnya. Kalau nak letak banyak, tak ada orang nak marah :P
  11. MINYAK ZAITUN - 1/2 cawan. Kalau madu lebih, kurangkan minyak. Lagi afdallllll...Minyak zaitun agak mahal, jadi kalau tengah sengkek, ganti dengan minyak bunga matahari atau minyak canola pun OK je
  12. GARAM + SERBUK PERASA - Letak ikut kau lah, labu!
Semua bahan kecuali ayam kau orang kisar hancur. Dah hancur, celup jari, JILAT. Hehe...Rasa pes perap ayam tu. Cukup tak manis, masam, masin, pedas semua? Kalau cukup baru la perap dengan ayam. Guna tangan yang bersih dan bergelumang la sebaik mungkin. Part yang ni memang fun nak mampus!! ;D Lagi lama perap lagi bagus! Setakat ni alhamdulillah, housemate aku kata sedap, yang tersayang pun memuji *eceh* :"> Hahaha, berbaloi aku bergelumang! Apa tunggu lagi, kamon la cuba!!