Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Thursday, December 06, 2007

Malam Terpejam Mata Merajuk...

Malam tadi aku tak dapat tidur. Meggelisai serba tak kena. Yang betulnya aku kurang sehat. Kepala pening melayang-layang. Tekak pedih macam terluka. Aku dah tutup lampu. Aku terkebil-kebil pandang gelap. Dalam hitam pekat tu, aku nampak tuala yang tersidai tepi almari dah macam makhluk tinggi berjubah panjang. Entah kenapa aku asyik seram sejuk dua tiga minggu ni dengan bayang-bayang dalam bilik aku. Ingat nak tidur buka lampu, tapi pagi esok mesti aku sakit-sakit badan dan keletihan. Aku pejam mata rapat-rapat. Haih....Tak ada mood lansung nak lelap! Aku tengok keliling bilik lagi. Di luar angin bertiup agak kencang, bersiul kuat luar jendela. Bulu tengkok aku meremang tiba-tiba. AH SUDAH! Kenapa macam ni? Dulu-dulu aku lah paling berani. Pengalaman berjumpa makhluk halus bukan sekali dua. Kenapa ni? Kenapa aku takut?

Menghilangkan takut aku menyanyi-nyanyi kecil. Bodoh betul, bukannya nak baca-baca ayat time tu, heheh :"> Aku nyanyi lagu Carpenter. Aku nyanyi lagu Feist. Aku nyanyi lagu Knives Out - Radiohead. Kenapalah aku pilih Knives Out? Aku jadi makin seram sejuk. Kepala aku masih pusing. Tekak aku masih pedih. Aku rasa dah macam orang stone. Tiba-tiba rasa nak karang sajak, nanti nak SMS kepada Si Dia ;) Jadi akupun mengarang......

bila mata merajuk tak terpejam,
hati berkata jiwa bersuara,
rindu menggempur cinta menggoncang,
diaduk terpa amukan rasa.....

wahai sang malam permaidani langit!
hampar laluan ke sisi cinta,
tabur cempaka purnama seri,
mewangi gaul nikmat bersua,
menyisip episod di kalbu mimpi.....

pejamlah lekas terbang semangat,
suntuk mendekat jenguk di ceruk,
bantal dan tilam berkongsi tidak,
mabuk bercumbu di alam lena.....

...dan aku tidak lagi takut selesai aku SMS sajak tu, tidak lagi terkebil-kebil kerana mata aku sudah cukup-cukup berat, dan aku terlena selang beberapa minit... (-_-)ZzZzZz....


p/s: aku akan tomoi siapa-siapa yang kata aku jiwang :|

Tuesday, May 17, 2005

A Date with a Star

I wrote this when I can't cope with my longing for that sumone no more... I looked out at the night sky and there I saw that sumone's face. So, I picked a pen and started to write...