Daisypath Anniversary tickersLilypie Third Birthday tickers

Lilypie Maternity tickers

Monday, May 14, 2007

Soal Duit Dan Segala Hal Mak-Nenek Dunia

Aku ada mimpi. Mimpi indah yang aku siap susun kemas-kemas. Kalau nak aku bentangkan boleh aje. Dah macam business proposal lengkap. Terus-terang aku nyatakan di sini yang kadang-kadang aku taksub benar dengan mimpi aku ni. Seolah-olah bukan mimpi. Memang mengasyikkan bermimpi di waktu aku mampu tetapi tidak layak bermimpi. Di waktu aku tidak dapat mengisi perut dengan makanan fast food cuma untuk sekali dalam sebulan. Di waktu aku tak keluar berfoya-foya sehingga lewat, juga cuma untuk sekali dalam sebulan. Di waktu aku tak berbelanja beli kasut serta baju dan seluar dalam, juga cuma untuk sekali dalam sebulan. Dalam erti kata lain; dalam waktu aku ketiadaan duit untuk menghadiahkan diri aku sendiri atas penat lelah bekerja hanya sekurang-kurangnya untuk sekali dalam sebulan. SEKALI, dalam sebulan.

Bermimpi umpama pintu exit buat aku. Pintu untuk aku escape dari realiti kehidupan yang amat susah dan payah di tengah bulan. Orang-orang tak nampak dan orang-orang tak tahu ini semua. Aku berpangkat manager di sebuah syarikat IT. Syarikat yang tak putus-putus masuk projek gomen. Gaji mesti riban-riban. Bontot korang la. *Sigh* Tapi aku bersyukur juga, sebab nasib aku masih dikira baik. Masih ada yang jauh lagi susah dari aku di luar sana (Ini ayat basi yang 100% benar).

Duit, duit, duit. Punca segala syaitan yang keluar dalam diri orang-orang yang asalnya cuma manusia seperti aku dan kau. Duit yang mampu menyelamat dan juga mampu membinasa. Macam lah semuanya salah duit. Jangan silap sangka, aku tak
menulis dengan marah hari ini, tapi sebaliknya. Aku menulis dengan penuh cinta. Dua tiga hari ni jenuh aku menangis, semua gara-gara duit. Selalunya selepas puas menangis aku akan bermimpi. Cepat-cepat aku akan berlari menuju ke pintu exit, reaksi normal sepertimana seorang perokok dengan sahabat baiknya.

Aku mimpikan hidup mewah, memberikan persekolahan dan pelajaran yang paling baik untuk adik-adik aku, menghulurkan wang belanja yang lebih dari mencukupi untuk kedua ayah dan mama aku untuk berhenti bekerja, berehat dan bercuti keliling Malaysia every month, membangunkan dana untuk ibu-ibu tunggal serta anak-anak mangsa dera yang tak pernah menerima kasih sayang dari ibubapa sebagaimana yang aku terima sepanjang 33 tahun, 3 bulan dan 9 hari aku bernyawa di dunia ini, membangunkan empayar rangkaian fast food aku sendiri, dan akhirnya mempunyai label pakaian yang cukup tersohor di pentas-pentas peragaan Paris, Italy dan New York. Mimpi-mimpi dunia yang indah...

Semua mimpi ini tercetus hanya dari seorang manusia. Seorang manusia yang paling dekat dengan hati aku. Idola aku. Hero aku. AYAH. Ayah, Azzu tak sanggup tengok ayah susah! ;'( Aku berlari balik ke pintu exit, kali ini dengan tambahan sebuah lagi mimpi iaitu agar semua mimpi yang aku impikan sebelumnya akan jadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah...

No comments: